fbpx

X-GIRL : Semuanya Bermula Dari Sonic Youth & Beastie Boys

x-girl-master-class

Siapa sangka X-Girl, jenama pakaian wanita yang membawa imej Streetwear, Punk dan DIY itu diasaskan oleh Kim Gordon dari Sonic Youth! Jenama X-Girl telah diasaskan pada tahun 1994 oleh Kim Gordon dari Sonic Youth bersama rakannya Daisy von Furth yang merupakan seorang pekerja XLarge. Apa yang lagi menarik, Mike D, salah seorang ahli kumpulan rap yang terkemuka ketika itu – Beastie Boys, yang juga merupakan rakan niaga XLarge telah bertanya kepada Kim Gordon jika beliau ingin menubuhkan jenama sendiri.

Kim Gordon, ahli Sonic Youth & pengasas X-Girl

X-Girl boleh diakatakan sebagai ‘otai’ gerakan wanita dalam industri fesyen yang melibatkan seni dan muzik seiring bersama fesyen mereka. Segalanya bermula dengan skala yang kecil dimana rakan mereka sendiri, Michelle Rock Wood, menjadi model untuk ‘face logo’ X-Girl. Kemudian hari, model itu secara rasmi telah menjadi designer untuk T-shirt dan poster jenama ini. Mereka membuat hebahan jenama ini secara kecilan iaitu melalui poster dan zine yang disebarkan di sekitar penempatan mereka. Pada tahun pertama jenama ini ditubuhkan, mereka telah membuka kedai mereka yang pertama di Los Angeles.

Keratan akhbar mengenai X-Girl

Pada tahun yang sama, X-Girl telah ‘menganjur’ pertunjukan fesyen mereka yang pertama dengan ‘hijack’ pertunjukan fesyen Marc Jacob yang sedang berlangsung. Ianya bertambah meriah dengan kehadiran ahli Sonic Youth, Beastie Boys, Dinosaur Jr., model-model dari US dan juga mereka telah ‘diserang’ oleh MTV! Jenama itu telah menjadi sebutan ramai peminat fesyen oleh kerana tema yang dibawa oleh jenama ini – anti-mainstream, skaters, thrifting, DIY, Punk, Hip Hop, indie rock dan tomboy. Pengasas X-Girl bukanlah seorang skaters, namun ianya diinspirasi dari teman lelaki mereka yang sering bermain skateboard di jalanan.

Model koleksi X-Girl

Jenama itu menjadi kemegahan peminat fesyen di US ketika itu, hinggalah X-Girl telah dijual kepada suatu syarikat di Jepun pada tahun 1998. Ianya kekal menjadi hak milik warga matahari terbit itu hingga hari ini. Walaupun telah di ambil alih oleh syarikat Jepun, namun sentuhan asal X-Girl masih didapati pada koleksi keluaran X-Girl harini, iaitu seiring dengan seni dan muzik. Itu sahaja untuk hari ini, jangan lupa check out Band Ts di website lokein >>> https://bit.ly/BandTs

Jaja – model Lokein yang peragakan pakaian dari X-Girl

Jangan lupa check out item-item yang lain di Lokein!

Listed Items on Lokein

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Lokein