fbpx

The Culture 2019 – Pentas Anak Muda Memanfaatkan Hobi Untuk Menjana Pendapatan

The Culture 2019 – Pentas Anak Muda Memanfaatkan Hobi Untuk Menjana Pendapatan

Di kalangan kita penggemar-penggemar bundle dan barangan vintage mungkin sudah tidak kekok apabila berbicara tentang event atau festival. Boleh dikatakan setiap tahun telah dan bakal berlangsung beberapa event berkaitan bundle di seluruh negara. Acara-acara seperti inilah yang banyak membantu peniaga-peniaga dari pelbagai skop perniagaan menjana pendapatan yang boleh dikatakan lumayan.

Di Kuala Lumpur kita ada KL Vintage Festival dan di Selangor ada Bangi Vintage Festival. Di Kuantan kita ada Pahang Vintage Festival dan di Kedah pula kita ada Kulim Vintage Festival. Banyak lagi event-event yang berprestij di serata tanah air dianjurkan khusus untuk komuniti bundle dan vintage bersosial sambil menjana pendapatan.

 

 

The Culture 2019 pula muncul dengan konsep yang agak berbeza. Event yang bakal berlangsung selama tiga hari di Stadium Bukit Jalil awal bulan Julai nanti dikatakan bakal menjadi event terbesar yang mengumpulkan pelbagai lapisan komuniti di bawah satu bumbung.

Sesuai dengan gelaran yang diberi – Ekspo Sub-Budaya & Gaya Hidup terbesar di Malaysia, The Culture menggabungkan beberapa komuniti anak muda dari pelbagai gaya hidup seperti Breakdance, Graffiti Artist, Antiques & Vintage Collectors, Skateboarding & Street Fashion didalam satu event. 

 

Buat julung kalinya juga penganjur membuka ruang untuk peniaga-peniaga bundle membuka booth-booth jualan di event yang berkonsepkan street culture ini. Ini merupakan satu usaha positif yang harus disokong untuk merapatkan jurang antara komuniti bundle dengan komuniti yang lain seiring dengan perkembangan fesyen dan trend terkini. Hari ini bundle bukan hanya sesuai untuk mat-mat rockers sahaja seperti era 1980an. Terima kasih kepada arus pemodenan dan revolusi internet yang sedikit demi sedikit menghapuskan garisan pemisah diantara dunia komuniti bundle dan komuniti luar.

 

 

Terdapat lebih dari 60 booth jualan dari vendor-vendor terpilih yang datang dari serata tanah air bakal menghidangkan koleksi pakaian dan barangan vintage di hari event nanti. Nama-nama familiar seperti Kejek Bundle, Kimchi Vintage Store, Jerung Selatan, Neovintage 88, Chaos Rare Clothing & Keane & Sons adalah sebilangan vendor yang mengambil bahagian dalam memeriahkan hari event nanti. Satu ruang khas yang diberi nama ‘Vintage Town’ akan disediakan khas untuk komuniti tersebut.

 

Kami di Lokein sentiasa memandang tinggi usaha penganjur-penganjur yang sudi mengambil inisiatif untuk membuka peluang bagi peniaga-peniaga menjana pendapatan. Jika dilihat dari perspektif yang lebih luas, dengan adanya event-event seperti ini bukan hanya vendor dari komuniti bundle itu sahaja yang mendapat manfaat untuk menjana pendapatan. Umumnya di setiap event akan ada booth jualan makanan & minuman, booth jualan hasil seni kreatif dan bermacam lagi. ini banyak membantu memelihara ekosistem peniaga-peniaga sepenuh masa seperti kebanyakan kita yang sepenuhnya cari makan melalui perniagaan.

 

Begitu juga di event The Culture 2019 yang akan diadakan pada 5 hingga 7 julai nanti. Diberitakan bahawa lebih dari 400 vendor terlibat yang terdiri daripada pereka-pereka fesyen tempatan, food truck jualan makanan tempatan yang berkonsepkan ‘pasar malam’ dan booth-booth jualan pakaian dan aksessori fesyen jalanan.

 

 

Penganjur mensasarkan akan menerima 60000 pengunjung untuk ketiga-tiga hari event. Arena sebesar 145m x 40m akan dibahagi kepada dua kawasan iaitu bahagian dalam dewan utama dan bahagian aktiviti luar. Bahagian dalam akan menempatkan pelbagai booth pereka fesyen jenama tempatan, booth jualan gajet terkini (dikhabarkan vendor akan buat promosi lebih murah dari Lazada Malaysia offers) dan pertandingan krew breakdance yang akan diadili oleh juri bertaraf antarabangsa.

 

 

Bahagian luar dewan utama pula merangkumi pertandingan bola keranjang, gerai-gerai makanan tempatan yang berkonsepkan pasar malam dan sebuah skate-park sementara yang dibuka untuk orang ramai beriadah secara sihat. Di sini, peminat skateboarding boleh menghadiri kelas bersama tenaga pengajar mahir yang disediakan oleh penganjur.

Di samping itu, pengunjung ekspo 3 hari ini akan dihiburkan dengan barisan artis tempatan seperti Bunkface, Gerhana Skacinta, Iamneeta, K-Clique, Hullera, LOKO dan ramai lagi. Sebuah stage besar lengkap dengan soundsystem yang canggih bakal menjamu halwa telinga anda bermula dari jam 7 malam hingga jam 11 malam.

 

 

 

“ Tujuan utama ekspo ini adalah untuk menggabungkan komuniti sub-culture yang terdapat di Malaysia, di samping menyediakan pentas kepada bakat-bakat tempatan kita, menonjolkan kebolehan mereka,” kata Mohd Faizul bin Isa, kurator The Culture 2019.

“ Ia juga untuk memberi inspirasi kepada orang muda agar lebih bersifat keusahawanan dengan menjadikan sesuatu yang mereka gemar kepada sesuatu yang menjana pendapatan”. 

 

Jadi tuan-tuan apa lagi. Tanda siap-siap di kalender anda pada tarikh 5, 6 & 7 Julai ini dan jom beramai-ramai ke The Culture 2019 bertempat di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula 11 pagi hingga 10 malam. 

Kami di Lokein juga turut mengambil bahagian dalam bersama-sama memeriahkan suasana nanti. Temui team Lokein yang ramah dan mesra di booth bernombor V17 di arena ‘Vintage Town’ dimana kami akan berhimpun bersama rakan-rakan vendor bundle yang lain. 

 

Oh ya! Sekarang masih lagi berjalan waktu promosi untuk mendapatkan tiket dengan harga istimewa. Jika anda beli tiket sekarang, anda hanya perlu membayar RM35 sahaja (Early Bird Promotion) yang merangkumi pass masuk ke event untuk 3 hari berturut-turut. Namun kuantiti yang ada untuk harga promosi ini adalah terhad. Jadi jangan tunggu lagi. Layari www.theculture.my untuk membeli tiket anda sekarang! 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


×