fbpx

Supreme – Dari sebuah Skate Shop di New York ke Streetwear Clothing bernilai USD1 Billion

6570b24605fe6a077f7e24ec794e4226

Kedua-dua jaket yang hampir sama, kedua-duanya dibuat oleh The North Face, dan kedua-duanya menggunakan teknologi Gore-Tex. Tetapi satu berharga $300. Yang lagi satu kini dijual dengan harga hampir $1,300. Jadi apa bezanya?

Yang lebih mahal harga itu kebetulan merupakan kerjasama North Face dengan Supreme. Jadi mengapa seseorang membayar hampir seribu dolar lebih banyak untuk jaket yang sama? Dan apa yang menjadikan Supreme sangat mahal?

Dari logo yang menarik hingga pengeluaran produk terhad dan kolaborasi artis, selama 20 tahun terakhir, Supreme telah beralih dari sebuah kedai skateboarding kecil di New York ke sebuah syarikat pakaian ‘streetwear’ bernilai $1 Billion! Tetapi bagi peminatnya, Supreme bukan sekadar jenama. Ia sering menjadi obsesi dalam ‘subculture’-nya sendiri.

Sejak awal penubuhannya, Supreme telah mempertahankan imej mereka untuk kekal ‘authentic’. Ditubuhkan oleh James Jebbia pada tahun 1994, Supreme bermula sebagai ‘skate store’ di kejiranan SoHo di Manhattan. Mereka bermula dengan menjual ‘hoodie’ dan ‘sweatshirts’ yang disasarkan kepada ‘scene’ skateboarding di New York yang sedang berkembang.

Sepanjang tahun 90-an dan awal 2000, Supreme memainkan peranan besar sebagai jenama skate yang melengkapi kehendak dua komuniti iaitu full-time ‘skateboarders’ dan mereka yang hanya berminat untuk ‘dress-up’ sahaja akibat pengaruh budaya ‘streetwear’ yang baru muncul ketika itu. Tetapi strategi mereka menjadikan setiap keluaran adalah ‘limited edition’ ternyata membuahkan hasil kerana populariti mereka mula melangkaui komuniti ‘skatebording’ dan ‘streetwear’ sahaja.

Reka bentuk Supreme yang paling ikonik adalah ‘box logo’ mereka, huruf warna putih, dengan mode italic di atas ‘background’ merah biasa. Reka bentuk ini sangat menyerupai karya artis konseptual Barbara Kruger sehingga sukar untuk tidak melihatnya sebagai meniru, tetapi pencurian hak cipta adalah sesuatu yang ada dalam DNA Supreme, namun secara bijaklah.

Penggunaan gambar dalam ‘design’ Supreme merupakan salah satu kunci popularitinya. Imej-imej bertemakan ‘pop-culture’ disalin dan disesuaikan dengan cara yang menjadikan reka bentuknya lebih menyerupai seni kontemporari atau grafiti daripada jenama fesyen yang besar. T-shirt bergambar Supreme yang pertama adalah gambar Robert De Niro dalam filem “Pemandu Teksi” berserta box-logo merah-putih mereka yang ikonik.

Menjadi terkenal dalam masa yang singkat adalah kunci kekuatan Supreme sebagai jenama. Tetapi produk mereka sengaja di-rumitkan proses untuk membelinya walaupun sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh kerana kuantiti yang sangat terhad.

Selasa jam 11:00 pagi, anda pergi ke laman web Supreme, anda memasukkan maklumat asas anda: nama, e-mel, nombor telefon, dan nombor kad kredit anda. Kemudian, mereka akan menghantar teks kepada anda pada lewat hari untuk memberitahu anda jika anda terpilih dalam senarai beratur untuk membeli. Kemudian pada hari Rabu, mereka akan menghantar teks yang memberitahu anda masa dan kedai mana untuk hadir dan beratur. Dan pada hari Khamis, anda pergi ke kedai itu pada waktu yang telah ditetapkan.

Terdapat peraturan satu-unit-per-design di Supreme, jika t-shirt itu ada varian berwarna hitam, merah, dan kelabu, anda mungkin hanya boleh mendapatkan yang warna kelabu sahaja. Oleh itu, jika anda menginginkan warna hitam dan merah, anda perlu meminta dua orang lain untuk beratur bagi pihak anda. Sebilangan besar orang yang berdiri dalam barisan beratur untuk mendapatkan t-shirt bagi pihak orang lain. Itu situasi normal apabila ada keluaran baru dari Supreme di outlet mereka.

Supreme hanya menjual barang dagangan mereka di 11 outlet mereka di seluruh dunia dan juga kedai dalam talian mereka. Pada sekitar pertengahan hingga akhir tahun 2000, Supreme mulai semakin pantas dalam ‘mengejar’ jualan. Kejayaan ini sebahagiannya disebabkan oleh apa yang digelar oleh mereka sebagai ” The Kanye Effect.”

Pada tahun 2006, Supreme melancarkan Supreme Blazer SB mereka, sebuah kolaborasi dengan Nike. Kasut dijual dengan harga sekitar $150, dengan harga ‘reseller’ antara $300 hingga $400. Pada bulan Julai 2007, West dilihat memakai kasut di Starry Night Grammy Foundation. Setelah foto dikeluarkan, harga ‘resell’ kasut itu meningkat dua kali ganda menjadi $800.

Begitu juga dengan t-shirt box-logo teal yang dipakai oleh Tyler The Creator dalam video muzik “She” miliknya, yang pada asalnya berharga sekitar $150, dijual semula dengan harga $3,500. Tetapi tidak semua ‘karya’ dari Supreme akan menjadi berharga. Para ‘resellers’ harus memerhati apa yang akan menjadi popular dan item apa yang akan memberikan pulangan terbaik kepada mereka.

Bagaimana pula ‘scene’ di Malaysia? Ada ramaikah ‘reseller’ Supreme disini? Nantikan sambungan bahagian kedua dimana kita akan bersama seorang tetamu jemputan untuk ‘sembang-sembang’ tentang kisah menarik ini. Stay tuned!

Supreme For Sale

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein