fbpx

Senarai 10 T-Shirt Band Yang Dikatakan Paling RARE Pernah Terjual Online

Untitled design (32)

Anda rasa koleksi t-shirt band anda sudah cukup RARE? Atau anda rasa seperti sudah hilang ‘umpphh’ jika hanya memiliki beberapa helai Iron Maiden ‘camo’ atau Rolling Stones ‘naga stadium’ kerana ramai pula yang turut mempunyai koleksi yang sama.

Jika anda sudah mula rasa begitu, jangan cemas. Mungkin itu tandanya anda sudah sampai ke peringkat untuk ‘upgrade’ level item yang lebih RARE. Disini kami senaraikan 10 t-shirt band yang dikatakan paling RARE pernah terjual setakat tahun 2020. Manalah tahu, rupanya kita buat kain buruk sahaja sebelum ini. Jom semak!

Antara t-shirt yang boleh dikatakan bertahap amat RARE kerana hanya diberikan kepada crew yang bertugas dalam konsert tour Nirvana In Utero. T-shirt keluaran terhad ini didakwa dimiliki oleh kepada pengawal peribadi Kurt Cobain. Memandangkan populariti barangan Nirvana yang masih kekal menjadi rebutan peminat, yang ini pastinya berharga lebih mahal. Ia telah terjual pada harga $ 6,987 [£ 5,609].

T-shirt ini adalah keluaran promo sempena persembahan oleh legenda rap New York era 80an Run DMC. Item seperti ini boleh buat anda jadi Orang Kaya Baru sama seperti baju-T hip-hop dari era yang sama yang mana permintaan yang semakin meningkat membuatkan harganya melambung naik.

Tetapi yang ini mempunyai bonus tambahan kerana ia kelihatan hebat apabila mempunyai magic dari logo Adidas lama yang dicetak dengan besar di bahagian belakang t-eshirt. T-shirt ini pernah terjual dengan harga $ 13,022 [£ 10,453].

Sempena World Tour Thriller 1984, baju besbol atau 3 quarter Michael Jackson yang vintage ini pernah terjual dengan harga $ 996 [£ 800]. Fuh!

Seterusnya antara yang amat rare! T-shirt Rolling Stones ini adalah yang hanya diberikan kepada ahli keluarga, rakan dan crew yang terlibat dengan konsert Stones di ‘Knebworth Park, UK, pada tahun 1976. Ia telah terjual dengan harga $ 9014 [£ 7,236].

T-shirt Guns N ‘Roses 1987 yang vintage untuk tour Appetite For Destruction di Eropah. Cuma design yang ini nampak popular dan anda mungkin berfikir bahawa ramai yang ada memiliki dan harga akan jatuh – tetapi jelas tidak. Kerana condition yang tip top dan size t-shirt yang ideal, tshirt ini telah terjual dengan harga  $ 1,192 [£ 957].

*T-shirt ini lebih sesuai dimiliki oleh non-muslim ya.

Diberitakan seorang peminat sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memiliki t-shirt Led Zeppelin ini. T-shirt ini dihasilkan sempena persembahan mereka di Knebworth Park 1979, yang juga berfungsi sebagai backstage access pass, dilaporkan telah terjual dengan harga $ 7599 [£ 6,100] oleh Stormcrow Vintage pada tahun 2011.

Album AS kesembilan The Beatles, 1966’s Yesterday And Today, diarahkan untuk dikumpulkan semula dengan segera kerana design cover-nya yang kontroversi: berpakaian seperti penjual daging, Fabs ditutupi oleh darah, bersama daging dan boneka yang dimutilasi. Rekod asalnya, seperti yang sudah dijangka, kini bernilai tinggi. Beberapa tahun yang lalu dilaporkan terjualnya t-shirt yang memaparkan design asal – hadiah dari John Lennon – di eBay dengan harga $ 19,932 [£ 16,000].

Sesuai dengan persona Prince, t-shirt vintage beliau adalah dalam style ‘sleeveless’ dihasilkan sempena album tahun 1984nya Purple Rain. Sekiranya anda memiliki satu seperti ini, jaga dengan baik. Dilaporkan ianya pernah terjual dengan harga $ 1,554 [£ 1,248].

Logo mereka adalah antara yang evergreen hingga hari ini, menjadikan t-shirt The Ramones – bersama dengan Joy Division dan Motörhead – adalah yang terawal dijual secara besar-besaran oleh music store di seluruh dunia. Orang yang memakai tee Ramones mungkin tidak tahu trek mana yang menjadi lagu pembukaan dalam Rocket To Russia, tetapi mereka akan kelihatan sangat ‘cool’! T-shirt tour vintage keluaran tahun 1978 yang luar biasa ini pernah terjual dengan harga $ 500-plus [£ 400-plus].

Jika di era 70an, ini adalah t-shirt yang wajib dimiliki oleh peminat muzik subversif dan gerakan counter culture. Muzik pop abstrak dan dekonstruksi The Resident masih relevan dan diminati hingga kini dan dengan memiliki t-shirt ini anda antara insan yang bertuah kerana tahap ke’RARE’an ia sangat sukar untuk ditemui. T-shirt ini dikeluarkan untuk sempena album debut tahun 1974 band ini dan menampilkan design hadapan – parodi kontroversial dari album kedua The Beatles, Meet the Beatles! Harga tertinggi pernah direkodkan terjua adalah $ 778 [£ 625].

Jadi bagaimana? Ada tak diantara 10 t-shirt diatas berada dalam simpanan koleksi anda? Jika ya maka beruntung lah anda. Boleh juga dijadikan cagaran jika tiba waktu-waktu sesak perlukan duit kerana sudah tentu dengan mudah boleh terjual dengan harga tinggi kerana ianya begitu payah untuk ditemui.

Jika ada yang mencari, pastikan lihat ‘details’ dengan teliti untuk sesuatu item lebih-lebih lagi t-shirt vintage kerana teknologi untuk menghasilkan t-shirt FAKE sudah terlalu maju sekarang. Untuk lebih selamat, pastikan beli dari 100% trusted seller yang disahkan seperti seller-seller yang ada di platform Lokein. Selain itu anda juga akan dilindungi oleh jaminan pulangan wang (Lokein Money Back Guarantee) jika ada apa-apa isu yang mencurigakan tentang item yang anda beli di Lokein.

Sambil itu jom check out Editor’s Pick kali ini beberapa t-shirt vintage yang boleh juga dikategorikan RARE untuk dijual di Lokein. Buy with confidence with Lokein!

Editor's Pick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein