fbpx

Nike Moon Shoe: Mengapa begitu bernilai kepada “Collector”?

nike-moon-shoe-1-thumb-960xauto-102272

Beberapa hari yang lalu seluruh dunia dikejutkan dengan berita tentang sepasang kasut vintage Nike “Moon Shoe” telah berjaya dilelong dengan harga USD437,500 bersamaan dengan RM1.8 juta. Ia telah tercatat sebagai rekod bidaan tertinggi di dunia memintas harga sepasang kasut Converse yang dipakai oleh Michael Jordan ketika perlawanan akhir bola keranjang di sukan Olimpik 1984 dimana kasut berkenaan telah terjual pada harga USD190,373 (RM783,000).

 

                                                                                                1972 Nike “Moon Shoe” Waffle Flat Racer

Kejutan ini tidak berhenti disitu, malah satu negara dikejutkan lagi dengan berita bahawasanya terdapat sepasang lagi kasut Nike Moon Shoe yang sama berada didalam simpanan orang Malaysia. Berita ini dikongsikan oleh saudara Ide Adol, pengumpul kasut Adidas vintage yang tersohor negara melalui satu ‘post’ di laman sosial Facebook beliau. Individu yang dimaksudkan tersebut adalah saudara Mohd Saufee atau lebih dikenali dikalangan komuniti vintage dan “Collectors” sebagai Hatu Guni. Penulis merasa bertuah kerana berpeluang melihat kasut tersebut secara langsung ketika saudara Hatu Guni membawa sebahagian koleksi barangan Nike beliau termasuk kasut “Moon Shoe” tersebut ke Bangkok untuk dipamerkan di sebuah festival vintage disana tahun lalu.

 

    Kolektor tegar Nike Malaysia – Hatu Guni bersama sepasang Nike Moon Shoe milik beliau

Penulis percaya sudah pasti ramai yang telah mengenali siapa Hatu Guni yang merupakan “Collector” tegar barangan Nike di Malaysia . Oleh itu artikel ini tidak akan menyentuh banyak tentang beliau. Penulis ingin mengajak anda semua menelusuri sejarah disebalik Nike Moon Shoe ini yang menimbulkan tanda-tanya banyak pihak lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak begitu ‘familiar’ dengan barangan vintage. Situasi sebegini bukan hanya terjadi di Malaysia sahaja tetapi jika melihat komen-komen dari pengguna di luar negara, mereka turut mempersoalkan bagaimana kasut tersebut boleh terjual dengan harga sebegitu tinggi.

Nike Moon Shoe ini adalah hasil rekaan Bill Bowerman salah seorang pengasas jenama Nike. Bill Bowerman juga merupakan seorang jurulatih trek larian lagenda di Universiti of Oregon dimana tempat lahirnya jenama Nike. Rekaan kasut ini terinspirasi ketika Bowerman sedang mencari corak tapak yang inovatif dan berkesan untuk dipakai oleh pelari trek. Menariknya, rekaan yang diberi nama ‘Waffle’ itu diilhamkan oleh Bowerman dengaan hasil kreativiti beliau menggunakan dapur pembuat wafel milik isterinya!

 

 

Bowerman bereksperimentasi dengan menuang getah yang dijadikan bahan utama untuk pembuatan tapak kasut ke atas “Waffle Maker”  isteri beliau yang menghasilkan permukaan tapak kasut bersegi-segi. Reka bentuk akhir tersebut berjaya menghasilkan corak yang memberi daya tarikan dan cengkaman serta tahap anjalan yang lebih baik daripada kebanyakan kasut larian pada masa itu. Dari situlah bermulanya ‘trademark’ Waffle Racer yang telah menjadi rekaan inovasi utama yang pertama Nike sebagai jenama sukan antarabangsa.

 

Lelongan kasut ini berlaku pada tarikh 20 haribulan Julai dimana secara kebetulan (atau memang telah dirancang) bersamaan dengan tarikh sambutan 50 tahun memperingati peristiwa bersejarah angkasawan pertama menjejakkan kaki di bulan. Di situlah asal usul nama Moon Shoes itu diberi pada kasut tersebut. “Moon Shoe” mendapat namanya dari persamaan antara bekas tinggalan corak tapak waffle -nya yang tersisa di tanah dan trek oleh atlit dengan bekas tapak kasut yang tersisa di bulan oleh angkasawan pada tahun 1969. Menarik bukan?

 

Terdapat 12 pasang sahaja yang dikeluarkan ketika itu dan Moon Shoe yang berjaya dilelong tersebut diberitakan adalah satu-satunya yang masih dalam keadaan ‘New Old Stock’ atau masih belum pernah dipakai. Bowerman berjaya memenuhi impian beliau untuk mencipta sepasang kasut larian yang terbaik melalui Moon Shoe. Bermula dari tahun 1966 lagi, Bowerman telah menggegarkan dunia sukan dengan rekaan kasut Nike Cortez beliau yang telah menjadi kasut terlaris keluaran Nike dan juga rekaan yang paling popular dan mudah dikenali ketika itu. Beliau berjaya mengeluarkan beberapa lagi rekaan untuk Nike namun kemunculan rekaan Waffle Racer beliau di awal 70an yang paling mendapat perhatian terutama setelah kejayaan yang ditempa oleh Moon Shoe.

 

                                                                      Patung Bill Bowerman di Nike Head Quarters di Eugene, Oregon

 

Keghairahan dan kesungguhan Bowerman terhadap kasut sukan ternyata membuahkan hasil. Sehingga ke hari ini rekaan beliau telah berjaya membantu ramai atlit membina nama dan juga menjadi satu budaya pop dikalangan penggemar fesyen jalanan. Namun, usaha keras beliau tanpa disedari telah memberi kesan sebaliknya. Menurut sumber terdekat, Bowerman banyak menghabiskan masa didalam sebuah bilik kecil dengan sistem pengudaraan yang kurang sempurna semasa menghasilkan rekaan kasut-kasut Nike beliau. Bahan-bahan bertoksik seperti gam dan getah yang banyak digunakan ketika itu telah menjejaskan tahap kesihatan Bowerman. Beliau berjaya mencipta kasut untuk individu lain menempa kejayaan namun beliau sendiri tidak berkesampaian menikmati hasil tangan beliau sendiri kerana tidak berupaya untuk bersukan seperti biasa akibat masalah kesihatan yang kronik.

 

Jika ditanya secara rambang kepada mana-mana individu adakah mereka sanggup menghabiskan wang jutaan Ringgit hanya untuk sepasang kasut, sudah pasti kebanyakannya akan menjawab tidak. Namun jika seseorang itu benar-benar minat dan menghayati kisah disebalik sesuatu barangan tersebut, harga bukanlah satu bebanan. Begitulah yang diungkapkan oleh pembida tertinggi Moon Shoe ini iaitu Miles Nadal seorang pelabur dan pengumpul kereta vintage dari Canada. Beliau menyifatkan “Moon Shoe” adalah “artifak sejarah sejati dalam sejarah sukan dan budaya pop.” Beliau merancang untuk mempamerkan kasut tersebut, bersama dengan 99 kasut Nike Vintage lain yang dibeli, di Dare to Dream Automobile Museum di Toronto.

 

                                                                 Hatu Guni bersama sebahagian kecil koleksi Nike vintage beliau

 

Ok! Ada 12 pasang semuanya Moon Shoe yang dihasilkan. Sepasang telah terjual dengan harga jutaan Ringgit. Sepasang lagi ada di dalam simpanan kolektor Nike tersohor kita saudara Hatu Guni. Bermakna ada lagi 10 pasang yang masih belum ditemui. Kalau anda berkemampuan adakah anda akan membeli sepasang darinya jika berpeluang? Tepuk dada tanya selera. Yang pasti, kolektor seperti Hatu Guni atau Miles Nadal tidak membeli untuk meraih kekayaan kerana jelas sekali mereka sudah merasa nikmat itu. Pada pendapat penulis, item rare seperti Moon Shoe ini dan juga item-item lain dibeli lebih kepada nilai sejarah dan cerita disebaliknya. Disitulah terletaknya keistimewaan barangan vintage, iaitu nilainya yang subjektif kepada individu. 

 

 

                                    Nike Moon Shoe kepunyaan Hatu Guni ketika dipamerkan di event From Rags To Display di Bangkok Thailand pada Mac 2018

 

 

Berikut merupakan beberapa item yang ada didalam Lokein untuk dijual. Masing-masing membawa nilai tersendiri. Sila lihat dan layari manalah tahu ada yang berkenan dihati. Yang pasti semua online seller di Lokein adalah 100% dipercayai atau jaminan wang anda dipulangkan dalam masa 10 hari. Selamat menyelam!

 

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/vintage-sky-jordan-1985/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/red-wing/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/red-wing-shoes-heritage-engineer-boots-engineer-briar-oil-slick-d-leather-2970-burgundy/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/vintage-steel-toe-red-wing-supersole-4430-boot/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/vintage-70s-the-winner-converse-made-in-usa-size-us-6-5/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/vintage-nos-60s-converse-chuck-taylor-high-cut-made-in-usa-size-us-6-5/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/vintage-used-70s-converse-straight-shooter-made-in-usa-size-us-8/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/vintage-70s-the-winner-converse-high-cut-made-in-usa-size-us-6-1-2/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/vintage-70s-converse-black-label-made-in-usa-size-us11/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/vintage-red-wing-irish-setter-877/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/converse/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/lacoste-authentic/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/preloved-adidas-basket-profi-spiderman-uk3-kids-shoes/

https://www.lokein.com/shop/shoes-footwear/adidas-court-vantage-2/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein