fbpx

NIKE CORTEZ – DARI ‘RUNNING SHOES’ MENJADI ‘CASUAL SHOES’

cortez

Tahukah anda kasut Nike Cortez asalnya merupakan ‘running shoes’ yang di pakai oleh atlet balapan era 70-an. Nike Cortez telah direka oleh seorang jurulatih balapan Amerika, Bill Bowerman. Pada mulanya, beliau telah mencadangkan idea penambahbaikan reka bentuk ‘running shoes’ kepada beberapa jenama sukan yang lain termasuk Adidas, Puma dan lain-lain tetapi ideanya tidak diendah membuatkan beliau memutuskan untuk mereka bentuk sendiri kasut tersebut. Logo Nike Swoosh yang terpampang megah pada kasut Nike telah direka oleh seorang pelajar, Carolyn Davidson yang hanya dibayar sebanyak $35!!


Menarik bukan? Jom tengok garis masa Nike Cortez dari kasut sukan hingga menjadi kasut fesyen;

1973- Nike Leather Cortez : merupakan kasut Nike Cortez yang pertama direka khas untuk pelari jarak jauh.

1975- Nike Nylon Cortez : keluaran ini direka khas oleh kerana Bill Powerman inginkan kasut yang lebih selesa dan ringan untuk para atlet.

1976- Nike Senorita Cortez : Keluaran ini direka khas untuk kaum perempuan. Keluaran ini mendapat sambutan hangat pada era itu kerana ianya pernah dipakai oleh selebriti Hollywood, Farah Fawcett dalam rancangan TV Charlie’s Angels.

1980- Cortez & Elton John : Sambutan Nike Cortez semakin hangat terutama sekali dikalangan budaya pop, apabila Sir Elton John membuat kolaborasi bersama. Suatu konsert Elton John telah mengutip $16,000 hasil jualan tiket konsert untuk mempromosikan jenama Nike di ketika itu.


1987- Nike Cortez telah menjadi bualan dikalangan peminat B-Boy apabila ramai ‘breakdancers’ memakainya oleh kerana ringan dan selesa. Di era itu, kumpulan rap NWA juga telah keluarkan lagu mengenai kasut Nike Cortez.


1994-1998: beberapa filem dan rancangan TV di US telah mempromosikan Nike Cortez secara tidak langsung antaranya pada filem ‘Run, Forest! Run!’ dan Seinfeld.

2005- Mr. Cartoon Cortez : Oleh kerana scene Nike Cortez dan Hip Hop di LA telah menaik, suatu kolaborasi telah dibuat bersama tattoo artist Mr. Cartoon.


2008- Nike Cortez Brotehrs Double Pack
2010- Nike Cortez Year of the Tiger
2012- 40th Anniversary Cortez
2013- Cortez Asia City Pack
2014- J.Crew Vintage Collection Cortez
2015- UNDFTD X NIKELAB Cortez SP “LA”
2016- Metallic Gold Cortez
2017- Cortez Los Angeles Editions
2017- Nike Cortez “Jewel”
2017- Cortez 45th Anniversary

Vintage 1972 Nike Cortez Leather milik Hatu Guni, seorang collector terkenal dari Malaysia. Item ini adalah untuk dijual dengan harga RM20,000 di platform Lokein. Klik gambar diatas untuk terus ke Hatu Guni Store di Lokein.

Begitulah serba sedikit perjalanan cerita tentang Nike Cortez. Di Lokein, terdapat beberapa seller yang telah mengiklankan kasut Nike Cortez untuk dijual. Yang paling menarik, Hatu Guni, seorang kolektor Nike antarabangsa telah memuat naik listing kasut Nike Cortez NOS Made in Japan tahun 1972! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kasut Super Rare Vintage itu sekarang. Jom checkout item tersebut dan juga item-item Nike lain dibawah.

Featured Item

Joe Flizzow Charity Auction

Newly listed!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein