5 Sebab Mengapa Selepas Raya Adalah Waktu Yang Terbaik Untuk Menyelam Bundle

5 Sebab Mengapa Selepas Raya Adalah Waktu Yang Terbaik Untuk Menyelam Bundle

Cuti raya dah habis. Jom kembali menyelam!

Di saat ini sudah pasti ramai di kalangan warga kota telah kembali bekerja. Walaupun masih ada sebilangan kecil yang masih berada di kampung halaman atau bercuti bersama keluarga, majoriti daripada perantau-perantau telah kembali ke Kuala Lumpur dan bandar sekitarnya.

Walaupun telah kembali sibuk dengan urusan harian masing-masing, musim perayaan masih berlangsung. Bagi peminat tegar pakaian bundle, misi menyelam selepas raya adalah masa yang terbaik untuk dilaksanakan. Kenapa? Berikut merupakan 5 sebab yang admin rasakan relevan. Walaubagaimanapun, ini hanya teori semata-mata.

1. Harga lebih murah

Kebiasaannya ‘tokey-tokey’ bundle akan cuba melelong stok mereka yang tidak laku sebelum raya. Ada kemungkinan anda berpeluang untuk mendapatkan barangan idaman anda dengan harga jackpot! Cubalah runding harga sebaik mungkin. Manalah tahu kebetulan seller itu sendiri sedang mencari modal untuk cover semula duit lemang dan rendang yang sudah habis dibelanjakan di kampung.

2. Stok baru masuk

Ini juga menjadi kebiasaan bagi sesetengah seller baik di arena online mahupun offline. Bagi mengekalkan momentum perniagaan, kebiasaannya stok yang lama akan digantikan dengan yang baru. Bagi penyelam tegar, sudah tentu anda sentiasa dahagakan barangan yang segar dari guni. Boleh kata jika nampak dari jauh baju-baju yang digantung itu kedut-kedut seribu, terus segar mata memandang umpama orang lapar dijamu nasi.

3. Kemunculan ‘Seller-Seller’ baru

Trend ini biasa terjadi di platform-platform online seperti di media sosial. Kemungkinan seller tersebut tersalah beli atau barangan itu didapati kurang sesuai untuk digayakan di hari raya yang lalu. Ada juga yang beli hanya untuk dipakai sekali sahaja di pagi raya.

Pilihan yang ada untuk mereka adalah dengan menjual semula barangan tersebut dan jika nasib anda baik, barangan tersebut akan dijual dengan harga di bawah pasaran. Siapa punya modal yang besar ternyata beruntung jika mampu mengaut seberapa banyak barangan yang boleh.

Cuma perlulah berhati-hati dalam memilih dengan siapa kita berurusniaga terutama jika urusan jual beli itu dijalankan secara online. Kes-kes penipuan atau scam memang semakin berleluasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pastikan anda selidik dahulu latar belakang seller atau minta seberapa banyak info berkaitan barangan yang hendak dibeli.

Lebih mudah jika urusniaga itu dijalankan di platform-platform yang diperakui ciri-ciri keselamatannya seperti di laman web Lokein. Di Lokein, wang anda tidak akan dipindahkan ke akaun seller sehinggalah anda telah terima barangan yang dibeli dan berpuas hati dengan kondisinya. Melalui cara tersebut, tiada lagi masalah scammer dan joy buyer. Klik di sini untuk terus membeli belah di laman web Lokein.

4. Hasil selaman di kampung akan mula dijual

Selain balik beraya di kampung halaman untuk bertemu sanak saudara dan rakan taulan, satu-satunya aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh para perantau adalah untuk menyelam di kedai-kedai bundle atau gudang-gudang yag terdapat di sekitar kampung mereka. Saat ini ternyata lebih ditagih berbanding memakan lemang dan ketupat tiap kali balik raya.

Hasil yang mereka dapat bawa pulang juga cukup lumayan. Jadi anda yang tidak berkesempatan untuk menyelam jangan bimbang. Sediakan saja modalnya, siapa cepat dia yang punya. Jangan sampai habis duit sendiri, duit raya anak pula dikerjakan.

5. Peluang untuk berhari raya bersama rakan-rakan

Tidak dinafikan masa-masa inilah yang dinanti-nanti oleh peminat bundle. Dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat minat yang sama di pasar-pasar malam atau di uptown sambil berbual dan berjual-beli memang lain terasa meriahnya. Umpama aur dan tebing, bundle dan penyelam tidak dapat dipisahkan walaupun di hari raya!

Jadi usah buang masa. Jom terus ke port bundle berhampiran anda. Jika di Kuala Lumpur anda punyai terlalu banyak pilihan untuk mulakan misi menyelam anda.

Salah satu port menyelam pilihan admin adalah di Jalan Raja Bot atau lebih terkenal dengan nama JRB Vintage Night Market. Terletak di tengah-tengah ibukota berhampiran dengan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman, JRB menjadi tumpuan warga bundle dari seluruh pelusuk negara baik yang membeli atau yang menjual.

Sebuah dokumentari pendek dari Lokein bersama Jack Enstein, seorang peniaga di JRB Vintage Night Market.

Bermula pada tahun 2012, pasar jalanan atau street market ini diasakan oleh Sharin Darus atau lebih dikenali sebagai Baba Sharin atas inisiatif beliau untuk mewujudkan satu tempat khas untuk rakan-rakan terdekat berniaga mencari rezeki. Lokasi pertama adalah di depan kedai bundle beliau sendiri di mana ketika itu hanya ada beberapa seller sahaja terdiri dari rakan-rakan niaga di Kampung Baru dan sekitarnya datang membuka tapak jualan di situ.

Kini setelah hampir 8 tahun beroperasi, JRB yang pada mulanya hanya ada 5 ke 6 seller telah bercambah hingga ke hampir 300 seller hari ini terutama di musim cuti umum dan perayaan. Pengunjung JRB mempunyai pelbagai pilihan barangan bundle untuk membeli belah dari baju, kasut, jam tangan, topi hingga ke CD dan piring hitam yang sudah tentunya vintage dan rare.

Kesimpulannya, berbelanjalah dengan berhemah dan cermat. Jangan kerana terlalu mengejar barang kepala habis modal untuk menyara kehidupan mendatang tambah-tambah di zaman kemelesetan ekonomi masa kini. Yang paling penting, berhati-hati dengan setiap urusan jual beli anda. Pastikan anda tidak menjadi mangsa scam yang seterusnya. Selamat menyelam sahabat!

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *