fbpx

Levi’s Vintage Clothing merilis semula 501 model 1955 sempena 501 Day 2021

levis-vintage-clothing-1955-japan-501-day-release-details-02

Untuk memperingati 501 Day tahun ini, Levi’s Vintage Clothing telah meneliti arkib mereka untuk merilis satu edisi khas untuk peminat tegar model 501 vintage. LVC mengeluarkan jeans yang didasarkan pada versi 501 tahun 1955, dan dibuat di Jepun dari denim selvedge Jepun. Yang paling istimewa bagi keluaran kali ini, setiap elemen dari bahagian ‘patch’ belakang dan ‘red tab’ hingga ke ‘packaging’ dan cop pada butang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.

Model jeans tahun 1955 menampilkan potongan yang lebih longgar dengan kaki yang lebih lebar, ‘button-fly’, ‘boxy-fit’ dan tab merah dengan tulisan ‘Big-E’. Denim yang digunakan adalah seberat 12 oz, dan mempunyai tekstur “berbulu” yang sering dikaitkan dengan denim Jepun.

LVC Jeans 501 1955 Japan ini bakal dilancarkan pada 20 Mei – juga dikenali sebagai ‘501 Day’ – dan akan terhad kepada hanya 501 unit di seluruh dunia.

Sumber artikel : hypebeast.com

SHOP USED VINTAGE LEVI’S 501

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein