fbpx

Hysteric Glamour : Muzik New Wave, Seni Pop Andy Warhol & Pornografi.

poster hysteric

Dalam arena industri fesyen di Jepun, terdapat pelbagai jenama yang berinspirasikan ‘Japan street fashion’ seperti BAPE, UNDERCOVER dan NEIGHBORHOOD. Tetapi, tahukah anda Hysteric Glamour adalah jenama fesyen dari Jepun, yang menjadi ‘otai’ dalam pembawakan fesyen Punk dan Japan street fashion?

Jenama ini telah ditubuhkan oleh Nobuhiko Kitamura yang dilahirkan di Tokyo pada 1962. Walaupun berasal dan membesar di Jepun, tetapi pilihan muzik beliau adalah muzik barat pada era 70-an iaitu muzik new wave dan punk seperti The Stooges, MC5 dan Blondie. Oleh itu, beliau sentiasa pergi ke Shinjuku unutuk ‘menyelam’ piring hitam yang diimport dari luar. Suatu hari di Shinjuku, beliau menjumpai suatu iklan pengambilan pelajar baru untuk ‘Tokyo Mode Gakuen Fashion School’. Beliau melanjutkan minatnya dalam arena fesyen dengan mendaftarkan diri di sekolah itu.

Nobuhiko Kitamura, pengasas Hysteric Glamour

Selepas tamat belajar, beliau tidak mempunyai kerja tetap menyebabkan beliau ingin menubuhkah jenama fesyen tersendiri. Pendek cerita, jenama Hysteric Glamour tertubuh pada 1984 dan menjadi terkenal apabila jenama itu mendapat perhatian dari majalah Olive – suatu majalah wanita Jepun yang menjadi pengaruh besar oleh gadis-gadis Harajuku pada tahun 80 an. Hysteric Glamour digelar sebagai jenama ‘anti-fashion’ dan kadangkala ‘counter-cultural’ oleh kerana jenama ini bertentangan dengan stereotaip fesyen masyarakat Jepun pada masa itu – kemas dan ‘simple’.

Rekaan pada koleksi pakaian Hysteric Glamour berinspirasikan dari seni pop Andy Warhol. Fakta menarik: Andy Warhol adalah salah satu inspirasi seni grafik utama Hysteric Glamour. Kitamura pernah memberitahu majalah Nylon: “Ketika saya baru tubuhkah jenama ini, belum ada sesiapa yang buat seperti apa yang saya lakukan. Saya tidak mempunyai pengalaman dan tiada rujukan, jadi saya hanya membaca buku. Saya mempunyai suatu buku falsafah dan jenaka oleh Warhol, dan ia telah menjadi rujukan yang bagus. Pada tahun 1986, suatu syarikat Perancis telah berminat dengan Hysteric Glamour dan akan mempromosikannya. Oleh itu, seorang lelaki dari syarikat berkenaan memakai pakaian jenama Hysteric glamour di sebuah kelab di New York. Kemudian, Warhol menghampirinya dan berkata, ‘that’s great!’. Selepas saya tahu tentang itu, saya menjual kereta saya dan membeli tiket kapal terbang ke New York untuk menemui Warhol. Saya pergi ke semua kelab untuk mencarinya, dan akhirnya saya bertemu dengan seorang gadis Jepun, dan perempuan itu memberitahu bahawa Warhol berada di luar bandar untuk bercuti. Oleh itu, saya pulang dengan harapan dapat kembali dan bertemu dengannya suatu ketika nanti, namun dia meninggal dunia tidak lama kemudian.”

Promosi Hysteric Glamour di suatu majalah

 Walaupun Kitamura tidak berkesempatan untuk bertemu Warhol, namun beliau berpeluang untuk berkolaborasi bersama The Warhol Foundation untuk mengeluarkan suatu koleksi. Dalam suatu interview, Kitamura pernah akui bahawa beliau menyukai sesuatu yang pelik seperti kereta Amerika tahun 60 an, dan bukannya Mercedez Benz yang menjadi kegilaan satu dunia di masa itu. Tambahan lagi, rekaan grafik Hysteric Glamour berteraskan pornografi 70-an, slogan punk, komik, psychedelic dan tengkorak. Jadi logik lah rekaan grafik dan fesyen Hysteric Glamour hingga hari ini nampak “mengancam” dan “menarik”.

Di Lokein, terdapat juga beberapa seller yang menjual pakaian terpakai dari Hysteric Glamour. Anda semua boleh checkout barangan tersebut di sini.

Jangan lupa Sign Up dan checkout barangan lain di Lokein. Anda boleh tebus voucher RM5 untuk pembelian yang pertama!

Listed Items on Lokein

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein