Hikayat Baju Terpakai – Sebuah dokumentasi yang harus dimiliki

ali1

Hikayat Baju Terpakai.

Kerana baju terpakai itu mempunyai 1001 kenangan…

2012 : Teringin nak buat buku, tapi satu habuk cara pun aku tak tahu macam mana nak mula. Ada la sikit basic nak design-design guna software. Waktu tu buku dari PTS banyak aku tengok-tengok buat ambil semangat.

Tahun yang sama juga aku beranikan diri email penerbit untuk nyatakan hajat ingin buat buku. Cerita la sikit-sikit cadangan apa yang patut nak tulis dalam buku. Selang berapa minggu, kena panggil dengan penerbit suruh datang pejabat. Dieorang nak dengar buku apa aku nak buat.

Nak jadi cerita, aku pergi. Datang dengan otak kosong. Yang banyaknya cerita nak membongak. Cerita punya cerita, dieorang setuju. Terus check mate aku. Apa yang nak buat. Satu habuk isi apa pun aku tak tahu nak letak apa. Mana nak mula. Apa yang kena buat. Terapung di awangan.

Balik terus aku google-google apa nak kena buat. Kebetulan waktu tu buku teknikal yang tengah hot dekat PTS buku dari Imran Abdul Jabbar. Aku try la pm nak beli buku dia. Ngam pula dia ajak COD. Jumpa tu aku tanya-tanya la apa yang patut. Habis kat situ.

Sejak dari tu, ada iklan kursus penulisan aku cuba join. Dapat join satu je. Kursus dari Hilal Asyraf. Kursus penulisan novel la tapi. Layankan aje buat tambah idea & semangat.

Masa pun berlalu. Offer dari PTS dulu pun, tinggal harapan dan kenangan. Aku pun dah buat benda-benda lain.

2017 : Aku join satu group wassap pengembara. Dari situ ada Afzan Yusuf ajak buat buku. Waktu tu buku-buku genre mengembara tengah banyak release. Timbul lah idea. Takdalah nak cerita sangat pasal aktiviti mengembara tu. Cuma lebih kepada memoir je.

Bagi aku pulak, ni lah masa nak try cuba apa yang aku dok kumpul maklumat selama ni. Skill-skill yang ada. Mahu jadi ke sebiji buku? Joinlah aku jadi salah satu sukarela. Proses pun berjalan. 8 bulan masuk gua bertapa. Siap sebiji buku. Buku 20 orang tulis. Aku lah pereka design. Dengan aku-aku sekali jadi penerbit. Register siap dengan perpustakaan negara. Terima kaseh juga penulis yang lain yang tak putus-putus bagi semangat. Bantu mudahkan urusan lain.

Setelah 5 tahun, barulah aku nampak hasilnya, hasil aku kehulur kehilir timba ilmu nak buat buku. Sempat la masuk Pesta Buku Antarabangsa jual buku sendiri.

Tak silap aku, balik dari kayuh basikal kali kedua kat Jepun, si Ross Lan terus datang rumah. Aku ingat dia datang nak combo barang. Sekali dia tanya, macam mana ek nak buat buku. Aku tanya buku apa? Buku baju vintage katanya. Aku pun cakap kalau gambar je tak pening sangat. Tu pun habis kat situ je.

2018 : Lepas tu kiteorang pun sibuk menyelam kat Jepun sampai la tak ingat apa dah.

2020 : Tau-tau Covid melanda, segalanya berhenti serta merta. Terkulat-kulat kat rumah tak tau nak buat apa. Teringat la balik idea dulu. Terus aku pm si Lan. Jom kita mula, sementara ada masa. Dalam seminggu bahan semua dah siap kumpul. Terus aku mula. Tak tahu pulak berapa lama aku masuk gua kali ni bertapa.

Bila dipikirkan balik, 8 tahun yang dulu, kalau aku tak email kat PTS waktu tu, aku pun tak da cita-cita nak buat buku. Doa la buku yang sekarang ni dipermudahkan urusan.

Dengan Tuhan saja aku berharap serta doa dari kawan-kawan.

Terima kaseh kawan-kawan bundle yang tak lokek ilmu ajar aku kenal barang dulu. Dapatlah aku bantu orang lain pula nak kenal barang dengan buku ni nanti. Moga bermanfaat.

Alhamdulillah dah siap nanti, beli la satu ya… 😅😅😅

Raya pun aku tak peduli nak siapkan buku punya pasal.

#perniagaanbersaudara
#persahabatanlebihhebatdaripadahalilintar 

*Ali Gaban merupakan seorang pengembara, peniaga, penulis dan sahabat yang memandang usaha men-dokumentasi-kan khazanah pakaian terpakai dalam bentuk fizikal adalah penting walaupun tidak memilikinya. ‘Hikayat Baju Terpakai’ adalah sebuah intrepetasi yang melangkaui minat dan nilai ringgit yang bakal merintis jalan pada generasi baru yang akan datang. Buku ini boleh didapati di online store Ali Gaban Art di website Lokein atau anda boleh terus saja klik link di bawah.


Item Newly Listed

Item On Sale!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Lokein