fbpx

INSENTIF TAMBAHAN!! PERCUMA 6 Bulan Langganan Lokein.STORE SME Plan.

Kempen Go-eCommerce Onboarding - Belanjawan 2021

Kini anda boleh membawa perniagaan anda ke 100% digital dengan lebih mudah bersama Lokein! Daftar sebagai penjual di platform Lokein dan nikmati insentif dan bantuan subsidi khas buat semua yang layak untuk memohon.

Kempen Go-eCommerce Onboarding adalah inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2021 untuk mendorong penerapan e-dagang dan e-bayar oleh perniagaan tempatan. Fokusnya adalah untuk membantu PKS dan usahawan mikro memperluaskan jangkauan pasaran mereka melalui e-dagang & e-bayar

Kempen E-dagang kepada Perusahaan Mikro Dan PKS yang pertama kali diperkenalkan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional (PENJANA) dan kini diperluas sebagai Kempen Go-eCommerce Onboarding di bawah Belanjawan 2021 untuk memupuk lebih banyak peniaga tempatan untuk menggunakan e-dagang dan e-bayar sebagai yang baru cara menjalankan perniagaan dan mengembangkan jangkauan pasaran mereka.

Objektif utama:

  • Untuk mempercepatkan proses adaptasi oleh peniaga tempatan dalam menggunakan platform atas talian sebagai salah satu kaedah baharu untuk berniaga bagi mengatasi kesan COVID-19.​
  • Untuk membantu peniaga tempatan mengembangkan perniagaan serta meluaskan pasaran ke peringkat domestik dan global.

Go-eCommerce Onboarding bersama Lokein untuk subsidi langganan sehingga RM1,200

Bermula 1 July 2021 – 31 December 2021, peniaga tempatan yang mendaftar dalam kempen ini bersama Lokein akan mendapat subsidi bantuan langganan menggunakan platform Lokein dengan langganan Lokein Premium Store (0% Transaction fee) selama 6 bulan yang bernilai RM1,190 atau 1 bulan yang bernilai RM199 secara PERCUMA. Latihan dan khidmat bantuan jualan juga akan disediakan kepada setiap peserta sepanjang tempoh 6 bulan langganan.

INSENTIF TAMBAHAN!! PERCUMA 6 Bulan Langganan Lokein.STORE SME Plan.

Syarat kelayakan permohonan:

Subsidi langganan 6 bulan (RM1,190)

  1. Tidak pernah mendaftar di Lokein.com sebelum ini sebagai peniaga
  2. Mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 30 SKU (min 30 barangan untuk diniagakan)
  4. Memiliki sumber bekalan produk selama 6 bulan

Subsidi langganan 1 bulan (RM199)

  1. Tidak pernah mendaftar di Lokein.com sebelum ini sebagai peniaga
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 SKU (min 5 barangan untuk diniagakan)

Sertai sekarang dan dapatkan SEHINGGA RM1,200 subsidi langganan

Lokein