fbpx

Fakta ngeri tentang industri fesyen

ss

Jika disebut tentang fesyen, hampir semua orang berfesyen setiap hari mengikut citarasa yang tersendiri. Tetapi dalam seronok menggayakan pakaian harian anda, sedarkah bahawa kita sebenarnya telah merosakkan alam sekitar tanpa disedari?

Jangan terkejut, ianya sesuatu yang anda perlu tahu bahawa industri fesyen mempunyai beberapa fakta yang ‘ngeri’.

1- Setiap tahun, industri fesyen menggunakan 93 billion cubic meter air yang sebenarnya cukup untuk menampung keperluan 5 juta rakyat di muka bumi ini.

2- 85% tekstil berakhir di tapak pelupusan.

3- Lebih 70 juta pokok ditebang setiap tahun untuk membuat fabrik seperti rayon dan viscose.

4- 90% penjahit pakaian di Bangladesh tidak mampu membeli makanan harian oleh kerana gaji yang rendah.

5- Industri fesyen menghasilkan kira-kira 1.3 bilion tan karbon dioksida setiap tahun, iaitu lebih banyak daripada gabungan karbon dioksida yang dihasilkan dari perkapalan maritim dan penerbangan nasional.

6- 60% pekerja kilang pakaian di India dan Bangladesh mengalami gangguan dan penderaan fizikal serta mental.

7- 250,000 petani kapas di India telah membunuh diri sejak 15 tahun yang lalu oleh kerana tekanan dari hutang yang terkumpul untuk membeli benih kapas yang banyak untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Pekerja kilang pakaian mogok di India

Jadi, adakah anda perlu tinggalkan industri fesyen secara langsung? Tidak. Ada pelbagai cara yang anda boleh lakukan selaku penggemar fesyen, demi menjaga persekitaran yang lebih positif. Antaranya adalah dengan menyokong kempen “Sustainable Fashion”.

Alamak, apa benda pulak tu? Fesyen lestari atau sustainable fashion adalah pergerakan yang mendorong perubahan produk fesyen dan sistem fesyen ke arah integriti ekologi. Ianya demi mencapai keseimbangan sosial dan alam sekitar untuk kegunaan masa hadapan.

Kurang faham? Apa kata anda rujuk 7 fakta ngeri di atas, anda akan lebih faham serba sedikit kesan penghasilan produk fesyen ini. Jadinya, untuk kurangkan pencemaran alam demi kebaikan bersama, gerakan sustainable fashion haruslah dipupuk oleh semua.

Bagaimana kita mahu kurangkan pencemaran alam melalui berfesyen? Kurangkan berfesyen ke? Tidak. Untuk permulaan menyokong gerakan sustainable fashion ini, lakukan 3 perkara ini;

1- Memakai pakaian terpakai (Second hand, pre-loved, bundle). Ini kerana kebanyakan jenama fesyen sekarang mengamalkan konsep Fast Fashion dimana mereka akan hasilkan kuantiti produk yang banyak dalam masa yang singkat. Oleh itu, tenaga kerja akan dikerah, banyak bahan mentah akan digunakan dan akhir sekali stok berlebihan akan ke pusat pelupusan yang mengakibatkan pencemaran alam,

2- Bertukar pakaian bersama rakan-rakan anda.

3- Membeli jenama yang menggunakan konsep Slow Fashion. Selalunya, mereka akan mempromosikan sistem kitar semula dan juga menyokong gerakan cinta alam sekitar. Seperti Patagonia. Boleh rujuk sini mengapa Patagonia menjadi contoh yang terbaik >>> https://bit.ly/faktaPatagonia

Jadi, tepuk dada dan tanya selera. Masihkah kita ingin menyokong Fast Fashion dan mencemarkan alam sekitar? Adakah membeli pakaian terpakai adalah suatu perkara yang memalukan?

Jika tidak, jom beli-belah barangan terpakai di Lokein dah jadilah ‘Hero’ menjaga alam sekitar hari ini!

Listed items on Lokein

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein