Converse The Winner – Dari kasut murahan kepada Lagenda.

94206972_1161035290894998_3294513174736273408_n

Pada tahun 1950-1960, Sears merupakan salah satu syarikat pasaraya yang agak besar di Amerika Syarikat dan jika dibandingkan dengan sekarang, mungkin ianya sama seperti Tesco dan juga Jusco. Sears pada ketika itu turut mengeluarkan dan menjual pelbagai pakaian, baju sejuk, seluar dan juga kasut dengan jenamanya sendiri dan barangan tersebut agak kurang kualiti tetapi murah.

 

 

Bagi kasut pula, Sears telah mengeluarkan kasut di bawah jenamaan sendiri yang dinamakan sebagai “Jeepers” iaitu kasut sneakers murahan. Pada ketika itu, syarikat besar yang membuat kasut adalah Converse dan juga Keds. Jadi, Jeepers keluaran Sears yang dijual oleh pasaraya ini hanyalah kasut ejekan murahan dengan gelaran “Cheapers Jeepers”. Kanak-kanak masing-masing mengejek antara satu sama lain dengan memakai Chepaers Jeepers ini dimana pada ketika itu tidak semua orang mampu untuk mendapatkan sepasang Converse.

 

Poster kasut Jeepers (kasut murahan) suatu ketika dahulu.

 

Sears yang menampakkan perbezaan jurang antara dua darjat kasut Jeppers dan Converse telah membuat satu keputusan besar yang telah mengubah nafsu para kolektor kasut pada masa kini. Sears tidak lagi mahu digelar kasut murahan. Sears telah menukar nama brand pada kasut Jeepers yang sebelum ini kepada nama/brand baru iaitu THE WINNER. Sejarah telah tercipta pada ketika ini. Akhirnya kasut yang menjadi ejekan kanak-kanak dan dipandang murahan sebelum ini telah menjadi kasut yang pertama di dunia pada tahun 1969 telah memenangi anugerah kasut yang paling cantik. Apa yang Sears lakukan ketika itu adalah hanya membrandingkan kembali dari Jeppers kepada The Winner dan juga mengunakan logo kasut dengan perkataan THE WINNER.

 

Poster pertama selepas pelancaran The Winner by Converse.

 

 

Poster iklan Sears The Winner dengan ‘details’.

 

 

Selepas itu, pada tahun 1972,Sear menandatangani perjanjian dengan Converse untuk berkerjasama mengeluarkan kasut kolebrasi diantara The Winner oleh syarikan Sear dan akan dibuat oleh Converse. Dengan menggunakan komponen nylon teknologi oleh Syarikat Cordura, dan teknologi getah dari kepakaran BF GOODRICH oleh Converse, maka terhasilah satu karya agung yang dinamakan “The Winner build by Converse, Just for Sear”.

Iklan poster bagi menerangkan tentang The Winner

 

 

Jualan The Winner pada ketika itu telah meletup dengan penambahan nama Converse di belakang label kasut the winner, dan juga corak kasut winner dengan line 4 dan juga ketahanan getahnya membutakan nama The Winner melonjak naik. tetapi, ianya tidak lama. Pada tahun 1977-1978, Sear telah menarik diri dari berkerjasama dengan Converse dan ini membuatkan Converse menghadapai sedikit masalah untuk membuang kembali nama Converse pada kasut The Winner sebelum ini. Krisis antara Converse dan Sear berlangsung agak lama sehingga membuatkan Converse tidak lagi melayan sebarang permintaan Sear.

‘Heel Patch’ belakang diletakkan sekali bersama logo Converse.

 

 

 

Sears yang masih merasa gah dengan nama kasut The Winner telah melancarkan model baru yang dinamakan The Winner 2. Evolusi kasut The Winner 2 ini membuatkan Sear jatuh dan tidak lagi bangun kembali. The Winner 2 telah dibuat di Korea dan jalur 4 yang menjadi iconic pada The Winner sebelum ini telah dikurangkan kepada 3 jalur pada kasut The Winner 2.. Selepas Sears tersungkur, maka The Winner hanyalah tingalkan namanya dengan produksi yang agak sekejap era nya iaitu selama hanya 5 tahun pengeluaran 72-77.

 

The Winner 2 dikeluarkan selepas krisis antara Sears dan Converse. Namun ini merupakan kejatuhan sebenar kepada Sears.

 

 

Converse cuba mengembangkan kepada ‘basketball team’ dengan memperkenalkan The Winner kepada pemain namun tidak berjaya.

 

 

Jadi terjawab sudah kenapa kurangnya info tentang the Winner ini walaupun di dalam buku koleksi Converse, tiada jua kasut The Winner ini. Mungkin Converse tidak lagi dibenarkan masuk campur atau menggunakan nama The Winner selepas dari perpecahan dengan Sear walaupun The Winner itu adalah buatan Converse sendiri. Kisah ini adalah kisah nyata. Segala kesilapan sudah menjadi bubur. Semoga menjadi ikhtibar jua kepada pembaca dan juga sedikit ilmu bagaimana The Winner oleh Converse ini dilancarkan.

 

Koleksi peribadi The Winner penulis.

 

 

Koleksi peribadi The Winner penulis.

 

 

Koleksi peribadi The Winner penulis.

 

 

Koleksi peribadi The Winner penulis.

 

 

Terima kasih sudi baca.

Sila #SHARE jika bermanafaat. Sekian.

– WIA GLOBAL STORE –

5 June 2020, Kota Bharu. Malaysia

Rujukan : Forum

*Lebih dikenali dengan nama Wan di kalangan rakan-rakan dan Jeroong Wia di kalangan netizen, penulis merupakan ‘collector’ tegar kasut-kasut vintage terutamanya Converse. Beliau telah mengembara secara solo ke serata dunia dan memanfaatkan peluang tersebut menimba ilmu tentang kasut-kasut vintage dan ‘menyelam’ pelbagai khazanah yang ada di negara luar. Selain ‘collector’, penulis juga menjual sebahagian kasut-kasut beliau yang semestinya ‘rare’. Anda boleh lihat item-item tersebut di Lokein Store beliau di sini : WIA GLOBAL STORE

#wiaglobalstore #conversehistory #converseallstar #conversevintage #conversestory #wiasneakers #conversethewinner


Editor’s Pick


Item Newly Listed

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Lokein