fbpx

Converse – Jenama Yang Tidak Luput Dek Zaman

Converse – Jenama Yang Tidak Luput Dek Zaman

Sekiranya diminta untuk sebutkan satu jenama kasut yang sentiasa relevan dengan sebarang style atau fesyen, sudah tentu nama Converse yang terlintas di fikiran.

Jenama kelahiran USA yang telah melahirkan kasut iconic sejak lebih dari 100 tahun yang lalu ini dilihat masih gah memenangi hati pelbagai lapisan masyarakat. Converse seolah-olah sudah immune bersama classic style yang tidak perlukan sebarang perubahan biarpun saban waktu ada sahaja trend terbaru cuba untuk merampas takhta sneakers paling popular di dunia.

Bagi penggemar barangan vintage pula, sudah tentu kasut Converse vintage dari era 60an hingga ke 80an yang menjadi buruan. Walaupun perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan sepasang koleksi yang vintage, golongan collector ini mempunyai alasan yang kukuh mengapa mereka harus ada sekurang-kurangnya sepasang kasut Converse vintage didalam simpanan peribadi mereka. Di dalam artikel yang akan datang mungkin boleh dikongsikan secara jelas tentang kelebihan kasut Converse vintage berbanding dengan yang baru.

Untuk kali ini, admin akan kongsikan sebilangan koleksi kasut Converse vintage dari era 60an hingga ke 80an yang ada dijual di dalam Lokein. Anda boleh klik link pada gambar di bawah untuk terus ke page seller. Yang pasti, admin tidak lena tidur setelah melihat koleksi kasut-kasut di bawah kerana belum mampu untuk memilikinya. Bagaimana pula dengan anda? Jika mampu dan sudah berkenan di hati jangan tunggu lama-lama. Bak kata pepatah penyelam bundle moden; “Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli..!”

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


×