fbpx

Gudang Seribu Jiwa – Lahirnya Dari Minat & Kreativiti Sebuah Komuniti

Pertama kali penulis sampai ke SETOR GOMBAK, Kuala Lumpur adalah sekitar dua minggu yang lalu. Hingga ke hari ini 'feel' itu masih membekas di jiwa. Suasana yang tercipta ketika malam di situ boleh dikatakan lengkap serba-serbi baik dari segi susun aturnya, pencahayaannya, 'ambience' bunyi-bunyiannya dari 'live music' nya dalam keadaan yang cukup santai dan bersahaja. Pertemuan dengan Abang Mat (Ahmad Shakamil) yang merupakan antara pengasas GUDANG NO. 5 di SETOR GOMBAK memberi kami sedikit maklumat tentang sejarah bermulanya tempat ini....

Read more...

Vintage & Pre-loved – Bagaimana ia terbentuk menjadi budaya & gaya hidup (Bahagian 2)

Klik sini untuk membaca artikel ini bahagian pertama <--- Di bahagian pertama artikel kita telah sama-sama telusuri asal berkaitan terma dan definisi bundle, vintage, pre-loved & second-hand. Jelas sekali itu hanya pengiktirafan dari perspektif bahasa sahaja yang belum cukup untuk mentakrif nilai sebenar yang dibawa oleh fenomena barangan terpakai ini. Seperti yang dijanjikan, untuk bahagian kedua artikel ini, kita akan sama-sama berkongsi pengetahuan dengan lebih mendalam tentang bagaimana fenomena ini berjaya membekas didalam jiwa kebanyakan dari kita hinggalah ia membentuk...

Read more...

Vintage & Pre-loved – Bagaimana ia terbentuk menjadi budaya & gaya hidup (Bahagian 1)

Asal-usul Terma "Pre-loved" adalah seperti perkataan yang lebih 'sopan' untuk menggantikan terma "Used", "Second-hand", barangan terpakai atau "Bundle". Untuk membahasakannya dengan lebih baik, ia sebenarnya membawa maksud sesuatu yang pernah disayangi (Previously-loved). Jika dari sudut definisi pula, "Second-hand" atau barangan terpakai adalah merangkumi semua jenis dari pakaian, hobi, aksesori, buku, perabot, hiburan, kereta dan motorsikal. Walau bagaimanapun, yang paling dicari ialah dari segmen pakaian, kasut & aksesori yang membawa kearah satu pergerakan budaya dalam penentu arah fesyen & trend. Terdapat...

Read more...

Vendors Calling! Lokein Vintage Market @ KITA FEST 2019

KITA Fest 2019 bakal menghimpunkan pelbagi jenama dan hasil kreatif tempatan yang terbaik bersama-sama dalam sebuah festival. 'Food Truck' diwakili oleh TAPAK, pasar vintaj yang dikendalikan oleh LOKEIN, perkhidmatan kesihatan percuma dari Hospital Columbia Asia, tayangan filem yang dibawa kepada anda oleh RedComms, pertandingan pushbike, komuniti dan ceramah kesedaran keselamatan, bazar dan 'live concert' yang dibawa kepada anda oleh U Mobile. Semua ini bakal berlangsung di ruang komuniti yang paling ramai di Puchong - SPACERUBIX! Kali in LOKEIN dijemput untuk...

Read more...

Nike Moon Shoe: Mengapa begitu bernilai kepada “Collector”?

Beberapa hari yang lalu seluruh dunia dikejutkan dengan berita tentang sepasang kasut vintage Nike "Moon Shoe" telah berjaya dilelong dengan harga USD437,500 bersamaan dengan RM1.8 juta. Ia telah tercatat sebagai rekod bidaan tertinggi di dunia memintas harga sepasang kasut Converse yang dipakai oleh Michael Jordan ketika perlawanan akhir bola keranjang di sukan Olimpik 1984 dimana kasut berkenaan telah terjual pada harga USD190,373 (RM783,000).                                    ...

Read more...

Malaysia Antara Pengimport Pakaian Terpakai Terbesar Di Dunia

Menurut sumber yang boleh dipercayai, industri pakaian terpakai atau lebih popular di kalangan masyarakat dengan istilah 'bundle' telah bertapak di Malaysia sejak awal 1970an. Sejak dari itu permintaan kepada pakaian terpakai meningkat saban tahun. Walaupun majoriti dari barangan tersebut dieksport semula ke negara-negara jiran dan lain-lain oleh pengilang, namun sedikit sebanyak kita merasa juga tempiasnya. Dapatlah juga item-item best waktu menyelam atau pecah guni dahulu. Sekarang? Dengar cerita ada yang mengeluh pisang. Ada juga yang tetap maintain terima supply...

Read more...

10 Item Termahal Yang Pernah Terjual Di Grailed

Sudah tentu ramai di kalangan online seller di Malaysia kenal dengan nama Grailed. Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, platform yang khusus untuk peminat-peminat men's streetwear tersebut menjadi bualan hangat di serata dunia.  Berbeza dengan online marketplace yang terdahulu dari mereka seperti eBay, Etsy ataupun Amazon yang lebih 'skema', Grailed yang diasaskan oleh Arun Gupta yang juga merupakan peminat tegar fesyen streetwear mengetengahkan konsep yang lebih moden dan minimalis untuk pengguna. Di Grailed, mereka mengutamakan item-item dari jenama seperti Raf Simons,...

Read more...

The Culture 2019 – Pentas Anak Muda Memanfaatkan Hobi Untuk Menjana Pendapatan

Di kalangan kita penggemar-penggemar bundle dan barangan vintage mungkin sudah tidak kekok apabila berbicara tentang event atau festival. Boleh dikatakan setiap tahun telah dan bakal berlangsung beberapa event berkaitan bundle di seluruh negara. Acara-acara seperti inilah yang banyak membantu peniaga-peniaga dari pelbagai skop perniagaan menjana pendapatan yang boleh dikatakan lumayan. Di Kuala Lumpur kita ada KL Vintage Festival dan di Selangor ada Bangi Vintage Festival. Di Kuantan kita ada Pahang Vintage Festival dan di Kedah pula kita ada Kulim Vintage...

Read more...

3 Cara Untuk Mengenalpasti T-Shirt Vintage Anda Benar-Benar Asli

Pertempuran epik terhadap t-shirt fake tidak akan pernah berakhir. Semakin maju perkembangan teknologi di zaman moden semakin membuatkan kita sukar untuk membezakan antara yang asli dengan yang tidak. Tambahan pula dengan rancaknya aktiviti jualan secara online masa kini, terlihat semakin banyak item-item yang diragui keasliannya yang membanjiri arena jual beli terutamanya di media-media sosial dan termasuk di beberapa online platform terkemuka dunia. Adalah menjadi satu kekecewaan yang amat besar jika kita terbeli sehelai t-shirt fake yang didakwa sebagai asli....

Read more...

Bootleg – Antara Kaca & Permata

Dari sudut bahasa, perbezaan antara Fake dan Bootleg adalah Fake itu tidak nyata; palsu, tipu, pisang, oreo atau cap ayam sementara Bootleg pula adalah produk yang dihasilkan, diedarkan atau dijual secara haram; atau kadangkala terkenal dengan istilah cetak rompak. Hmm..macam tiada perbezaan sangat pula. Persoalan yang menjadi dilema bagi sesetengah pemain barangan vintage dan bundle adalah mengapa sesetengah item Bootleg itu dijual dengan harga mahal? Tetapi sebelum itu bagaimana kita hendak tahu sesuatu item itu adalah Bootleg yang dicari? Ya,...

Read more...