fbpx

Bootleg – Antara Kaca & Permata

Tokyo-Chanel-Gucci-Boot-2013-11-03-DSC9759-600x900-1

Dari sudut bahasa, perbezaan antara Fake dan Bootleg adalah Fake itu tidak nyata; palsu, tipu, pisang, oreo atau cap ayam sementara Bootleg pula adalah produk yang dihasilkan, diedarkan atau dijual secara haram; atau kadangkala terkenal dengan istilah cetak rompak. Hmm..macam tiada perbezaan sangat pula.

Persoalan yang menjadi dilema bagi sesetengah pemain barangan vintage dan bundle adalah mengapa sesetengah item Bootleg itu dijual dengan harga mahal? Tetapi sebelum itu bagaimana kita hendak tahu sesuatu item itu adalah Bootleg yang dicari? Ya, makin jauh kita menyelam ke dasar lautan barangan terpakai ini makin banyak pula cabang-cabang ilmu yang kita jumpa. Mari kita telusuri sejarah Bootleg ini secara ringkas.

Vintage Bootleg Gucci untuk dijual di Lokein. Klik link di bawah untuk terus ke page Seller.
https://www.lokein.com/shop/t-shirt/vtg-gucci-bootleg/

Sejak kebelakangan ini item Bootleg dari jenama terkenal seperti Gucci, Chanel dan lain-lain sering timbul di merata laman-laman web jualan online seperti di Grailed, Etsy dan lain-lain online marketplace antarabangsa. Fenomena ini nampak ketara bermula pada tahun 2016 apabila pereka high-end fashion seperti Demna Gvasalia (Vetements) dan Alessandro Michele (Gucci) menjadikan rekaan Bootleg keluaran zaman 80an sebagai inspirasi. Seorang pereka Gucci mengambil rekaan cetak rompak Gucci dan menghasilkan semula rekaan tersebut untuk Gucci. Menarik bukan? Bermula dari situ-lah harga untuk sehelai Bootleg Gucci boleh mencecah ke ribuan Ringgit!

Rekaan Alessandro Michele yang diinspirasikan dari Bootleg 80an diperagakan di Gucci Cruise 2017 Runway Show, Westminster, Abbey – London

Dapper Dan adalah salah seorang individu yang mencetus fenomena bootleg di USA. Beliau merupakan seorang tukang jahit legenda yang membina namanya dengan membuat reka bentuk custom menggunakan logo Gucci, Fendi dan Louis Vuitton dari butik Harlemnya sekitar tahun 80an. Ketika itu karya rekaan beliau dipakai oleh artis hip-hop terkenal seperti LL Cool J, Salt-N-Pepa, Run DMC dan atlet Mike Tyson dan yang paling baru-baru ini, Floyd Mayweather Jr.

Menurut Dapper Dan, gelombang pertama bootleg bermula dengan T-shirt logo Gucci. Ia dihasilkan dan dijual oleh penjual Korea dan Cina di seluruh pusat bandar New York City sekitar pertengahan ’80an. Beliau berkata proses untuk menghasilkan sehelai t-shirt ketika itu menggunakan teknik pemindahan plastisol. Grafik akan dicetak pada lembaran kertas yang akan dipindahkan ke pakaian dengan kaedah serapan panas (heat transfer). Melalui kaedah ini, dakwat tidak akan menembusi kain, membuatkan proses menyiapkan tempahan menjadi lebih mudah dan pantas.

Bootleg Chanel & Gucci

Tidak ada sebarang tindakan undang-undang dari Gucci pada masa itu dan ini menjadikan item tersebut laku keras. Tambahan pula ketika itu tiada siapa yang selain mereka yang menghasilkan bootleg ketika itu. Persoalan yang menarik adalah dari mana mereka mendapat inspirasi untuk menggunakan logo Gucci sebagai bootleg? Menurut Dapper Dan, mereka meniru 100% dari reka bentuk lama label pembungkusan sesuatu jenama yang kebiasaannya dilihat pada kotak, dust bag dan sebagainya.

Begitulah uniknya cerita berkenaan item Bootleg 80an di pasaran antarabangsa. Biarpun status asalnya adalah item cetak rompak, namun gelombang baru yang dibawa oleh Demna Gvasalia (Vetements) dan Alessandro Michele (Gucci) ke arena fesyen peragaan sedikit sebanyak memberi tempias kesannya pada seller-seller online di seluruh dunia.

Sehelai t-shirt Gucci dengan logo besar dicetak di hadapan yang dahulunya terasa malu untuk dipakai kerana terlalu ketara ‘ketidak-aslian-nya’ kini menjadi rebutan ramai hingga harga melambung tinggi ke ratusan Dollar. Tetapi harus diingat, hanya item Bootleg dari tahun 80an sahaja yang mendapat permintaan tinggi. Yang ada dijual di Lazada Online Shopping Malaysia atau Shopee Malaysia Online itu bukan ya. Jangan ada yang selamba beli di Shopee atau Lazada kemudian jual di Lokein sebagai vintage Bootleg 80s pula. Hehe.

Kalau ada t-shirt print logo Gucci yang baru sudah tentu nilainya tidak sama. Jadi kalau menyelam jumpa sehelai t-shirt atau sweater yang ada print logo Gucci, tag pula dari jenama lain, jangan seronok sangat terus nak listing. Periksa dahulu ciri-ciri dan karakter item tersebut. Apakah panduan untuk menentukan sesuatu item Bootleg itu adalah yang asli dari 80an? Bagaimana pula dengan t-shirt band? Wujudkah item bootleg untuk t-shirt band? Kalau selain dari t-shirt band, adakah terdapat item atau jenama lain yang ada keluaran Bootleg? Kita cuba sama-sama huraikan di dalam artikel seterusnya.

Check out item-item untuk dijual di Lokein di bawah dan jangan risau kerana kesemua seller di Lokein adalah 100% verified seller dan setiap pembelian anda dilindungi oleh Lokein Money Back Guarantee. Buy with confidence!

Newly Listed

Items On Sale!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein