ASEAN Online Sale Day – Lokein

Asean Logo 2-01 (2)

ASEAN akan melancarkan ASEAN Online Sale Day (AOSD) pada Hari ASEAN, 8 Ogos 2020, buat kali pertama sebuah acara membeli-belah dalam talian yang akan dijalankan secara kolektif pada skala besar meliputi rantau asia tenggara. Hampir 150 platform e-dagang di ASEAN dijangka mengambil bahagian dan menawarkan sebilangan besar barangan dan perkhidmatan dengan harga promosi atau potongan harga melalui platform e-dagang mereka di AOSD.

Sektor e-dagang di ASEAN dijangka meningkat tiga kali ganda dari US$100bn hingga US$300bn pada tahun 2025. Dengan kehadiran pandemik COVID-19, e-commerce menjadi saluran utama pertumbuhan ekonomi apabila kadar peningkatan pengguna dan penjual dalam talian semakin bertambah.

AOSD yang julung kali diadakan ini menyasarkan untuk meningkatkan lagi permintaan terhadap trend online shopping dan mendorong pengguna dan perniagaan untuk berinteraksi secara aktif dan melakukan urus niaga komersial di tempat atau platform pemasaran yang bereputasi dan selamat yang beroperasi di seluruh rantau ini.

AOSD juga bertujuan menyokong usaha berterusan oleh negara-negara anggota ASEA untuk mempermudahkan sistem perdagangan melalui e-dagang, melengkapkan integrasi digital dan yang lebih penting menanamkan kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap sektor perniagaan di ASEAN, yang majoriti dipelopori oleh sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME), yang kekal dinamik, berdaya tahan dan aktif dalam perniagaan walaupun dilanda COVID-19.

Lokein – platform e-commerce pertama di Malaysia yang diasaskan oleh anak tempatan khusus untuk komuniti barangan terpakai, vintage dan antik/collectible berdagang secara sah dan selamat, telah dijemput untuk turut serta dalam AOSD 2020 mewakili Malaysia bersama platform e-commerce yang lain seperti Shopee & Lazada. Lokein yang menyasarkan untuk menjadi hab/one stop center atas talian yang terbesar untuk komuniti unik ini di rantau asia tenggara kini memiliki lebih dari 5000 item untuk dijual terdiri dari pakaian terpakai, vintage atau lebih popular dengan gelaran bundle dari 1000 penjual berdaftar yang secara sah.

Antara yang bakal merebut perhatian adalah seleksi barangan dari pelbagai kategori dengan tawaran diskaun hebat sehingga 70% dijanjikan oleh para vendor terpilih. Dijangkakan akan terdapat peningkatan ketara dari bilangan pengunjung ke platform Lokein menjelang tarikh 8 Ogos nanti.

AOSD akan diadakan pada 8 Ogos setiap tahun sebagai kesempatan untuk mempercepatkan transformasi aktiviti perdagangan digital serantau dan peningkatkan kerjasama yang lebih erat antara pihak berkepentingan, termasuk yang berkaitan agensi kerajaan, perniagaan, dan pengguna, untuk lebih maju dan meneroka dasar inisiatif baru berkaitan teknologi inovatif untuk mempromosikan e-commerce tanpa sempadan di ASEAN. Dengan penganjuran kali pertama AOSD pada 8 Ogos 2020, Lokein berharap akan dapat meneroka sektor pasaran baru selain berpeluang bekerjasama dengan komuniti bundle dan pakaian terpakai dari negara-negara serantau Asia tenggara.

Dapatkan rebat tunai RM10 untuk 500 pembelian pertama di Lokein pada ASEAN Online Sale Day dan jangan lepaskan peluang untuk merebut diskaun hebat dari para vendor yang 100% dipercayai.

 


ASEAN ONLINE SALE DAY 2020

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Main Menu