fbpx

Apa Itu ‘Marketplace’?

Apa Itu ‘Marketplace’?

Pasar pagi di Rose Bowl, Los Angeles

Marketplace‘ atau dalam bahasa yang lebih mudah ianya dikenali sebagai bazaar – tempat berkumpulnya peniaga-peniaga dari segala sudut barangan untuk diniagakan. Ada di kalangan penggemar lebih teruja untuk membeli belah di marketplace kerana pelbagai jenis barangan dijual disana dan boleh dikatakan sebagai ‘one stop center’. Semua barangan yang diingini mungkin berada di satu tempat sahaja dan lebih menjimatkan masa.

Ada pelbagai kategori marketplace yang boleh penulis simpulkan. Antara yang popular di masa kini adalah bazaar makanan atau F&B, festival-festival bundle & vintage, ‘car boot sale’ dan pasar pagi @ pasar karat yang menghimpunkan penjual-penjual barangan vintaj. Kebiasaan festival-festival yang diadakan pula adalah pada hujung minggu di lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung seperti di pusat membeli-belah, dataran-dataran di bandar-bandar utama, kawasan parkir kereta dan banyak lagi. Marketplace ini kebiasaannya dihadiri oleh pengunjung dalam jumlah yang mencecah ribuan orang bergantung kepada promosi yang dilakukan oleh penganjur. Ada juga marketplace yang diadakan pada setiap minggu seperti pasar karat Loken di Ipoh, JRB ‘night market’ di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur atau ruang terbuka di pusat membeli-belah Amcorp Mall.

Selaras dengan kemajuan teknologi internet yang semakin berkembang pesat, marketplace bukan sahaja aktif di alam nyata, malah ianya wujud di alam maya yang jauh lebih hebat sambutannya. Kemudahan mengakses internet yang semakin meluas mencetuskan fenomena marketplace di alam maya ini atau lebih mudah dikenali sebagai ‘online marketplace’. Sekiranya anda mempunyai komputer riba atau telefon pintar dan sambungan ‘internet’, anda boleh ‘menyelam’ dimana sahaja anda berada tanpa perlu melangkah keluar dari rumah. Terdapat pelbagai pilihan‘online marketplace’ di internet dengan mempunyai pengunjung dalam kuantiti yang sangat tinggi sehingga mencecah jutaan malah billion pengunjung sebulan.

Lokein – Sebuah online marketplace hasil usaha anak tempatan.

Jika anda biasa mengunjungi mana-mana pasar pagi atau festival bundle di tanahair, pasti berbekas di ingatan tentang suasana yang dihidangkan. Hiruk pikuk, bau ‘pecah guni’, alunan lagu-lagu yang seiring dengan tema dan sudah tentu kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang berkongsi minat yang sama menjadikan komuniti ini terikat dengan rela hati sebagai penggemar barangan vintage. Yang membuatkan ia lebih menarik, suasana dan aura tersebut tercipta juga di alam maya. Penggemar-penggemar ini seolah berkumpul di dalam online marketplace seperti berkumpulnya di pasar-pasar pagi atau festival. Keharmonian dan kemeriahan tersebut berjaya diterjemahkan melalui perkataan dan gambar-gambar. Seolah mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama walaupun berbeza minat dan asal namun semua perbezaan terhapus kerana nilai ukhuwah yang terbina melalui entiti yang sinonim dengan gelaran bundle, vintage atau pre-loved yang berlangsung di ‘Marketplace’. Betapa besarnya peranan marketplace itu didalam kehidupan kita umpama rumah dan penjaganya dan kitalah penghuninya. Semoga kita semua dapat memelihara ‘rumah’ kita tidak kira offline atau online supaya lebih tenteram, selamat dan memudahkan untuk semua bersosial dan berjual-beli.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


×