3 Cara Untuk Mengenalpasti T-Shirt Vintage Anda Benar-Benar Asli

3 Cara Untuk Mengenalpasti T-Shirt Vintage Anda Benar-Benar Asli

Pertempuran epik terhadap t-shirt fake tidak akan pernah berakhir. Semakin maju perkembangan teknologi di zaman moden semakin membuatkan kita sukar untuk membezakan antara yang asli dengan yang tidak. Tambahan pula dengan rancaknya aktiviti jualan secara online masa kini, terlihat semakin banyak item-item yang diragui keasliannya yang membanjiri arena jual beli terutamanya di media-media sosial dan termasuk di beberapa online platform terkemuka dunia.

Adalah menjadi satu kekecewaan yang amat besar jika kita terbeli sehelai t-shirt fake yang didakwa sebagai asli. Lebih mengecewakan jika kita membayar harga yang mahal untuk sehelai t-shirt fake. Kadangkala seller itu sendiri tidak sedar yang item beliau adalah fake, tanpa ada niat untuk menipu pembeli. Sebelum terkena adalah lebih baik kita cuba untuk elakkan diri dari terjerat. Kami di Lokein amat mengambil berat tentang hal ini yang melibatkan kepuasan pembeli dan juga penjual.

Mari kita lihat secara ringkas cara-cara bagaimana untuk mengenalpasti t-shirt itu benar-benar asli. Walaubagaimanapun, ini adalah teori asas sekadar untuk perkongsian sahaja. Ilmu yang paling berkesan adalah dengan bertanya kepada yang lebih berpengalaman dengan memiliki sendiri item yang asli supaya senang untuk dibuat perbandingan. Ini kerana terlalu luas cabang ilmu yang berkaitan dengan t-shirt vintage yang mana adalah mustahil untuk dihuraikan dengan hanya seribu patah perkataan. Jadi perkongsian di bawah ditulis dengan hanya mengambil faktor yang paling umum sahaja. Untuk lebih terperinci disarankan merujuk kepada yang lebih pakar.

1. Tag / Label

Tag Screen Stars dari era 1970an.

Perkara pertama untuk menentukan sama ada t-shirt anda benar-benar vintage yang asli adalah dengan memeriksa labelnya. Ini adalah kerana anda boleh kenalpasti t-shirt anda lahir dari era yang mana melalui tag. Contoh jika anda ada sehelai t-shirt band dengan copyright 1984, agak ganjil jika tag untuk t-shirt tersebut adalah dari era 1970an atau 1990an bukan? Walaubagaimanapun wujud juga t-shirt dengan copyright yang tidak sama dengan tahun keluaran t-shirt. Hal ini perlukan huraian terperinci didalam artikel khusus akan datang.

Nama-nama seperti Screen Stars, Springford, Sportswear, Touch of Gold dan Ched adalah beberapa contoh jenama vintage yang popular. Oleh kerana ada antara jenama-jenama t-shirt ini sudah tiada lagi pengeluaran yang dihasilkan atau telah memperbaharui penjenamaan mereka, dengan meneliti tag baju boleh memberitahu anda banyak info tentang keaslian item dan era di mana ia dihasilkan. Anda juga boleh mengambil kira faktor fabrik yang digunakan. Contohnya untuk fabrik campuran (50/50) seperti campuran cotton & polyester kebiasaannya datang dari era 1980-an berbanding trend fabrik 100% cotton yang lebih sinonim dengan era sebelum 1980an dan selepas sedekad dari itu.

Mengenalpasti tag/label t-shirt vintage dari tahun 1970-an agak mudah berbanding dari tahun 1980an. Sebahagian besar syarikat yang mengeluarkan t-shirt untuk percetakan skrin belum mempunyai jenama mereka sendiri. Banyak label ini akan kelihatan agak generik dan tidak mempunyai sebarang pautan jelas kepada syarikat tertentu. Kebanyakan dari tag tersebut akan kosong sepenuhnya atau agak pudar akibat proses cucian dan umur. Sehinggalah akhir tahun 70-an kelihatan pengeluar-pengeluar t-shirt muncul dengan imej penjenamaan yang lebih kuat.

Contoh tag/label t-shirt dari era 1970an.

Terlalu banyak jenama terkenal muncul dalam dekad 1980an. Sebahagian dari mereka menumpukan pada menghasilkan t-shirt dalam pelbagai warna, sementara jenama yang lain mengkhususkan diri dalam membuat gaya baju yang berbeza seperti ringers dan jerseys. Jenama seperti Screen Stars, Hanes dan Sportswear adalah beberapa jenama t-shirt yang paling banyak dihasilkan. Setiap jenama vintage ini melalui fasa reka bentuk label yang berbeza yang boleh dikaitkan dengan tahun-tahun tertentu.

Sebahagian jenama ada yang dihasilkan di Pakistan, dan yang lain pula ada yang bekerjasama dengan jenama sukan Champion untuk menghasilkan t-shirt untuk tujuan sukan. Label seperti Logo7, Artex, dan Trench membuat banyak t-shirt, jersi, dan sweatshirt yang memaparkan nama atlit, pasukan dan jenis sukan yang popular pada tahun 1980-an.

Beberapa contoh tag/label bagi t-shirt vintage.

Ingat: hanya kerana anda tidak melihat tag/label jenama tertentu yang disenaraikan di sini, itu tidak bermakna item yang dimaksudkan bukan vintage. Terdapat terlalu banyak syarikat dari dekad tersebut untuk dipaparkan semua didalam artikel ini.

Jika t-shirt anda telah lepas fasa pengesahan tag/label, jangan seronok dahulu. Ada beberapa lagi fasa yang perlu dilepasi dalam menentukan t-shirt itu asli atau fake. Tidak semestinya hanya dengan tag sahaja sudah cukup. Ini kerana tag/label yang vintage juga sudah berjaya ditiru oleh pengeluar.

Contoh tag/label Screen Stars yang fake.
Contoh tag/label Screen Stars yang asli.

2. Copyright

Selepas memeriksa tag/label, perincian seterusnya yang perlu dilihat adalah cetakan copyright (hak cipta) dan tarikh yang kebiasaan dicetak di bawah grafik atau gambar. Walaubagaimanapun bukan semua jenis t-shirt vintage ada copyright. Kebiasaannya t-shirt band atau festival muzik yang ada copyright ini. Ia bertujuan untuk menandakan tahun sesebuah concert tour itu berlaku dan melegitimakan item itu sebagai sekeping memorabilia yang tulen. Tarikh dan tempat concert tour diadakan yang disenaraikan di belakang t-shirt juga boleh dijadikan faktor menentukan keasliannya.

Selain copyright, satu lagi terma yang sering dikaitkan dengan t-shirt vintage adalah under licence. Secara ringkasnya, konsep under licence ini adalah sesetengah syarikat pengedar di beri kebenaran oleh tuan punya hak cipta design atau rekaan sesuatu merchandise untuk mengeluarkan item tersebut untuk jualan. Contoh syarikat seperti Brockum atau Giant adalah antara yang popular mengeluarkan t-shirt band secara sah.

Satu lagi elemen yang penting untuk diambil kira adalah bagaimana rekaan grafik sesetengah T-shirt band boleh memberi kesan kepada status barangan. Sebagai contoh, Iron Maiden sering mencetak t-shirt yang khusus untuk setiap negara, negeri, dan bandar yang mereka membuat persembahan. Dengan cara begini terdapat lebih banyak variasi didalam koleksi t-shirt mereka, tetapi kuantiti yang dikeluarkan pula adalah terhad untuk setiap design. Oleh yang demikian sesetengah design lebih sukar ditemui berbanding yang lain. Jika anda bertemu dengan t-shirt yang mana design-nya limited tetapi banyak pula orang menjualnya, haruslah berhati-hati. Ada kemungkinan t-shirt itu adalah cetakan semula.

Sejujurnya ulasan tentang copyright ini akan mengambil masa yang panjang. Ini adalah kerana cabang inilah yang paling banyak ketelitian yang perlu dihuraikan. Jika berkesempatan mungkin kita boleh bincangkan didalam satu artikel khusus kelak.

3. Print / Cetakan Design

Ok anda telah meneliti tag dan terbukti asli keluaran 1980an. Anda periksa pula copyright, ada terdapat secara jelas bertarikh tahun 1980an juga. Tetapi adakah cukup setakat itu sahaja untuk mengesahkan keaslian t-shirt anda? Jangan terkejut jika masih ada kemungkinan t-shirt anda adalah fake. Cara seterusnya adalah dengan meneliti pula ciri-ciri print atau cetakan design t-shirt tersebut.

Di era 1980an hingga ke awal 1990an, kaedah yang digunakan untuk mencetak t-shirt adalah menggunakan teknik Screen Printing (Silk Screen). Kaedah screen printing dibuat secara berperingkat, dengan setiap warna dicetak secara berasingan. Sebagai contoh sehelai t-shirt mempunyai reka bentuk dalam 5 warna, ia akan dicetak di bawah 5 skrin yang berbeza untuk menambah warna yang sesuai pada lokasi tertentu pada kain. Ia seperti jig-saw puzzle, di mana setiap warna adalah bahagian yang berasingan, dan apabila disatukan, membentuk reka bentuk keseluruhan yang lengkap.

Direct-To-Garment (DTG) pula adalah satu kaedah di mana pencetak terus mencetak dakwat ke atas t-shirt dengan teknologi inkjet. Ia menggunakan pencetak khas, yang mencetak dakwat terus ke atas pakaian. DTG juga menggunakan dakwat khusus, yang diserap terus ke dalam fabrik pakaian.

Dengan pencetak DTG , anda dapat mencetak imej dengan detail yang lebih tepat berbanding pencetakan skrin (silk-screen printing), dan anda tidak terhad dengan pilihan warna. Oleh kerana pencetak DTG boleh mencetak sebarang imej, anda bebas untuk custom design anda tanpa ada sebarang kekangan. Ini juga merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang tidak mempunyai banyak wang untuk membuat pesanan dalam kuantiti yang banyak kerana setiap t-shirt boleh dipesan secara berasingan (one-off).

Mesin cetak t-shirt berteknologi tinggi terkini adalah salah satu trend terbaru yang menggalakkan lagi kewujudan t-shirt fake. Pencetak t-shirt terutama dari negara jiran kini menggunakan mesin percetakan t-shirt yang boleh mencetak secara one-off. Cuma kelemahan mesin ini adalah cetakan yang dihasilkan akan lebih cantik jika dicetak diatas t-shirt berwarna cerah terutamanya putih. Namun sudah ada ditemui t-shirt fake berwarna gelap juga. Hmmm…

Lebih mengelirukan apabila pencetak menggunakan t-shirt vintage kosong yang asli dalam keadaan baru (New Old Stock) untuk mencetak atau t-shirt vintage yang sudah dipakai sebelum ini untuk membuatkan ia nampak lebih asli. Dari sudut pandang pertama memang nampak seperti yang asli lebih-lebih lagi jika berurusan secara online yang mana pembeli hanya boleh bergantung 100% pada gambar sahaja.

Namun jika diteliti secara langsung, ternyata terdapat perbezaan ketara. Sebuah laman web terkemuka pernah memuat naik satu perbincangan secara ilmiah mengenai isu ini. Menurut pengarang, beliau telah cuba untuk membandingkan 2 helai t-shirt vintage dengan design dan warna yang sama yang juga menggunakan jenis t-shirt yang sama. Melalui kaedah beliau, ia dapat membantu anda menentukan perbezaan di antara t-shirt yang telah melalui proses cetakan skrin (silk screen) dan satu lagi yang telah dicetak menggunakan mesin.

Dua helai t-shirt vintage dengan design dan warna yang sama.
Ujian melalui sentuhan mengunakan jari.

Ujian pertama yang boleh anda lakukan pada baju yang diragui adalah dengan menyentuh cetakan skrin menggunakan jari anda. Melalui sentuhan, cuba gerakkan jari anda ke sekitar permukaan kawasan yang mempunyai print. Cetakan yang dihasilkan melalui screen printing akan mempunyai tekstur fizikal yang timbul secara jelas apabila jari anda pergi dari kawasan baju yang kosong ke kawasan yang bercetak. Jika anda menutup mata semasa melakukannya sekalipun, anda boleh merasakan di mana reka bentuk cetakan bermula. T-shirt yang dicetak dengan mesin pula tidak akan menimbulkan tekstur kerana dakwatnya telah diserap ke dalam fabrik kain.

Satu lagi penunjuk utama ialah kualiti cetakan. Kebanyakan t-shirt vintage adalah campuran 50/50 fabrik poly-cotton. Jadi apabila fabrik jenis ini digunakan dalam proses cetakan menggunakan mesin kualiti cetakan akan kurang berkualiti. Sebabnya kerana fabrik polyester yang sintetik tidak akan menyerap dakwat yang disembur dari mesin pencetak. Ditambah pula jika pencetak menggunakan rekaan yang di imbas (scan) dari t-shirt yang asli, sudah tentu kualiti-nya akan terjejas.

Jika anda mengesyaki t-shirt anda masih meragukan setelah meninjau semua panduan yang diberi, anda boleh teruskan dengan kaedah seterusnya. Namun harus diberi peringatan; anda boleh cuba atas risiko anda sendiri, kerana kaedah ini akan menggunakan cecair peluntur, jadi ujian di ini tidak boleh dicuba pada selain t-shirt warna putih. Dan jika t-shirt anda adalah yang berwarna yang gelap, kita cuba huraikan menggunakan kaedah yang lain di masa akan datang.

Ujian terbaik untuk mengetahui sama ada baju anda bukan cetakan mesin adalah dengan menyentuh sedikit sahaja peluntur pada bahagian berwarna yang paling gelap. Cetakan screen printing yang asli pada fabrik warna putih tidak akan dipengaruhi oleh peluntur.

Tetapi harus diambil ambil perhatian – sesetengah t-shirt dari awal tahun 1970-an dan beberapa dekad sebelum itu sebenarnya ada yang menggunakan proses cetakan yang hampir serupa dengan yang dilakukan dengan mesin moden. Namun masih jelas perbezaan ketara jika dibandingkan dengan yang tidak asli. Topik itu boleh dibincang didalam artikel akan datang. Nanti pening pula.

Jadi, fokus semula kepada t-shirt dari era 1980an. Selagi fabrik itu berwarna putih tulen, perumusan dakwat dalam bahan screen printing tidak akan berubah warna oleh peluntur. Bandingkan pula dengan yang dicetak dengan mesin. Jika melakukan kaedah ini, berhati-hatilah ketika meletakkan sedikit peluntur pada print. Jangan biarkan peluntur meresap ke seluruh bahagian fabrik. Selepas kira-kira 30 minit, dakwat cetakan mesin pada t-shirt akan jelas terlihat kepalsuannya. Sekiranya t-shirt anda melepasi ujian ini, pastikan anda membersihkan sisa bahan peluntur dengan teliti. Jika ia tidak lulus ujian, elok anda gunakannya sebagai kain lap sahaja.

Begitulah ekstrimnya pengarang website tersebut dalam mencari jawapan. Hasil akhir eksperimen beliau? Adakah t-shirt di gambar nombor 1 adalah baju vintage sebenar? Mengikut kata pengarang beliau telah berjaya membuktikan bahawa t-shirt di gambar nombor 1 telah dibuat menggunakan proses screen printing dan t-shirt di gambar nombor 2 pula dihasilkan menggunakan mesin percetakan t-shirt. Jadi sudah tentu t-shirt nombor 1 adalah asli bukan? Tetapi kebenarannya agak mengejutkan kerana pengarang menjelaskan bahawa kedua-dua t-shirt itu adalah palsu. T-shirt yang di gambar nombor 1 juga adalah bootleg vintage. Aduh pening…

Perbandingan dengan sehelai lagi t-shirt yang sama tetapi lebih jelas keasliannya.

Pengarang menjelaskan beliau terjumpa satu lagi versi vintage sebenar t-shirt ini (gambar nombor 3) dan anda boleh melihat perbezaan dalam cetakan. Apabila dibandingkan dengan t-shirt di gambar nombor 1, kita melihat warna dan butiran agak kurang tepat. Ketelitian dalam pemilihan warna dakwat menjadikannya jelas bahawa t-shirt di gambar nombor 2 menggunakan imej gambar nombor 1 yang sudah agak terjejas untuk dijadikan sumber tiruan untuk mencetak di atas t-shirt vintage dan dijual sebagai yang asli.

Malangnya, tiada akhir bagi isu seperti ini. Jika penjual benar-benar berniat untuk menipu kita, kita mungkin tidak akan mengetahuinya secara rambang. Terutama jika mereka menggunakan t-shirt dengan fabrik vintage yang asli dan mencetak dengan kaedah screen printing yang sama (sudah ada dilaporkan baru-baru ini).

Satu-satunya cara untuk menentukan sama ada sehelai t-shirt itu benar-benar asli adalah dengan menyiasat jenis dakwat digunakan untuk mencetak, dan perkara itu sudah sampai tahap CSI pula, yang mana kami merasakan ada banyak kerja lain yang boleh dimanfaatkan masa yang ada berbanding itu. Lebih baik untuk kita memilih untuk berurusan penjual baju dan t-shirt veteran yang jujur dan amanah kerana mereka hidup di zaman t-shirt tersebut dihasilkan. Sudah tentu mereka lebih mengetahui dengan lebih teliti segenap aspek tentang t-shirt atau barangan tersebut

Lokein merupakan satu-satunya laman web yang khusus diwijudkan untuk komuniti bundle dan vintage di Malaysia berjual beli secara selamat.
Klik link ini https://www.lokein.com untuk menjadi penjual atau pembeli.

Selain itu, disarankan anda untuk memilih platform jualan online yang menawarkan ciri-ciri keselamatan seperti Lokein. Di Lokein, setiap penjual adalah yang berdaftar secara sah dan telah melalui proses verifikasi secara telus dalam memastikan tiada scammer yang akan wujud. Ditambah pula dengan kaedah Lokein Money Back Guarantee yang mana setiap transaksi di antara penjual dan pembeli akan dikawal selia oleh pihak Lokein sehinggalah tercapai kata sepakat diantara mereka.

Di Lokein, sekiranya anda membeli sesuatu barangan, wang anda tidak akan dipindahkan secara terus ke akaun penjual. Wang anda hanya akan dipindahkan selepas anda telah disahkan menerima barangan yang diberi dan anda juga telah berpuas hati dengan barangan tersebut. Misal kata setelah anda menerima barangan dari penjual dan setelah anda mengambil masa untuk meneliti keseluruhan aspek barangan tersebut (keaslian, keadaan barang), anda tidak berpuas hati atau anda dapati barangan itu diragui keasliannya, anda boleh membuka satu case kepada admin Lokein untuk mendapatkan wang anda kembali. Penjual pula akan dikenakan tindakan jika terbukti wujud unsur penipuan untuk transaksi tersebut.

Namun jika tiada unsur penipuan, hanya ada kekeliruan didalam menentukan status sesuatu barangan, pembeli juga boleh memohon untuk mendapatkan semula wang dengan memulangkan kembali barangan kepada penjual. Inilah kelebihan kaedah Lokein Money Back Guarantee dimana kedua-dua pihak akan tetap berpuas hati sehingga sesuatu isu selesai. Konsep yang sama juga telah di aplikasi oleh platform online yang lain seperti di Shopee Malaysia.

Mari lihat beberapa vintage t-shirt yang sedia untuk dibeli di Lokein. Segala maklumat tentang item tersebut ada di setiap paparan. Anda hanya perlu klik di setiap link di bawah. Anda juga boleh menghubungi seller untuk pertanyaan lebih lanjut. Yang pasti, kesemua seller ini adalah dijamin bukan scammer. Anda boleh membeli belah dengan yakin!

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *