fbpx

12 fakta Bathing Ape yang anda perlu tahu.

bape-02

BAPE adalah jenama fesyen streetwear yang ditubuhkan di Jepun. Antara pakaian BAPE yang terkenal adalah topi, hoodies, kasut dan lain-lain yang anda perlukan untuk melengkapkan penampilan harian anda, dengan gaya yang unik. Sekiranya anda belum mengenal jenama BAPE, inilah peluang anda untuk mengetahui lebih dekat dengan membaca 12 fakta yang menarik tentang jenama ini!

1. BAPE ditubuhka oleh Nigo pada tahun 1993.
– Jenama itu bermula dari sebuah kedai kecil yang dinamakan Nowhere oleh Nigo.

2. BAPE dan Bathing Ape adalah jenama yang sama.
– BAPE adalah akronim kepada nama panjang jenama ini – Bathing Ape.

3. Nama jenama ini diispirasi dari suatu movie & falsafah Jepun.
– Ianya diinspirasi dari movie ‘Planet of the Apes’ dan juga falsafah Jepun : A Bathing Ape in lukewarm water.

4. BAPE hanyalah suatu jenama underground suatu ketika dahulu.
– Mereka menghadkan jumlah penjualan dan mereka tidak mempromosikan produk mereka dengan cara biasa mereka lakukan hari ini. Pada tahun 2001 ketika mereka mula berkolaborasi dengan jenama Pepsi, imej dan penjenamaan mula terkenal di Jepun dan seterusnya merebak luas di luar negara Jepun.

5. Pharrell Williams membawa BAPE ke USA.
– Ianya telah menjadi suatu pakaian sub budaya Hip Hop di USA apabila Pharrell Williams berkolaborasi dan bawa jenama itu di USA.

6. BAPE mengalami sedikit kejatuhan semasa ‘mass production’.
– Apabila jenama itu mula tersebar hingga ke USA, permintaan semakin tinggi menyebabkan produksi pakaian BAPE tidak terkawal, membuatkan jenama itu hanya untung besar buat beberapa tahun sahaja

7. BAPE tidak lagi eksklusif.
– Pada awalnya Nigo menghadkan keluaran pakaian BAPE, namun segalanya berubah arah apabila permintaan tinggi membuatkan mereka mengeluarkan kuantiti stok yang tinggi. Ianya menyebabkan supply meningkat, dan peminat mula hilang ghairah.

8. Pengasas BAPE, NIGO, bukanlah nama sebenar.
– Nama sebenarnya adalah Tomoaki Nagao, dilahirkan di Jepun pada 1970. Idolanya adalah Godfather Streetwear Jepun – Hiroshi Fujiwara. Mereka mula berkawan dan Tomoaki Nagao mula menjadi pembantu peribadinya hingga orang menggelarnya Hiroshi Fujiwara Nigo (Nigo yang bermaksud dua).

9. Nigo jual BAPE pada tahun 2011.
– Nigo menjual 90% BAPE pada tahun 2011 dengan nilai $2.8 million.

10. Ianya suatu jenama Jepun, tetapi bukan disitu produk BAPE dihasilkan.
– Produk BAPE dikilangkan di China oleh kerana kos tenaga buruh yang rendah.

11. Produk BAPE dikategori sebagai produk yang mahal.
– Bukanlah kerana produk BAPE suatu penjenamaan buatan tangan atau edisi terhad membuatkan ianya mahal. Tetapi disebabkan permintaan yang tinggi dari peminat membuatkan jenama itu mahal.

12. Camo BAPE merupakan identiti jenama itu.
– Ianya telah dikeluarkan seawal 2000 dan ianya masih relevan hingga ke harini.

Menarik? Di Lokein juga terdapat seller yang menjual barangan Bathing Ape.

Anda juga mungkin berminat dengan barangan yang lain di Lokein di bawah!

Editor’s Pick

More Items on Lokein

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lokein