fbpx

10 Kasut Air Jordan Termahal Yang Mungkin Anda Pernah Jumpa Di Kedai Bundle

10 Kasut Air Jordan Termahal Yang Mungkin Anda Pernah Jumpa Di Kedai Bundle

Siapa tidak kenal dengan kasut Air Jordan dari Nike. Keluaran pertama Air Jordan dihasilkan secara eksklusif untuk Michael Jordan pada awal tahun 1984, dan dikeluarkan kepada orang ramai pada lewat tahun 1984. Kasut yang menjadi antara yang paling diminati di dunia ini direka untuk Nike oleh Peter Moore, Tinker Hatfield, dan Bruce Kilgore.

Sejak pengenalannya ke dalam pasaran kasut sukan, jenama Air Jordan telah berkembang dari hanya digunakan di dalam gelanggang bola keranjang ke industri fesyen dan hiburan. Boleh dikatakan setiap keluaran terbaru untuk Air Jordan sudah pasti akan laris di pasaran. Oleh kerana permintaan yang tinggi dari peminat, harga bagi sesetengah model Air Jordan mencanak tinggi hingga boleh dikatakan tidak masuk akal!

Nike Air Jordan keluaran terawal yang tercatat tarikh Nov. 8, 1984 dijumpai di stor simpanan terbengkalai di Milwaukee’s Capital Court Mall dipercayai milik Michael Jordan dan telah di lelong dengan harga USD20k.

Berikut adalah senarai 10 model kasut Air Jordan dengan harga termahal yang pernah dijual. Jangan terkejut kerana ada diantaranya harga sepasang boleh membeli sebuah rumah banglo. Selepas melihat senarai ini cuba-cuba lah menyelam di kedai bundle manalah tahu rezeki anda terjumpa pula dengan harga jackpot. Raya sakan dibuatnya.

10. Air Jordan V – USD10,000

Dikeluarkan pada tahun 1990, Air Jordan V adalah kasut signature kelima MJ yang direka oleh Tinker Hatfield. Kasut itu pada mulanya mempunyai “Nike Air” yang dicetak pada tumit tetapi ini digantikan oleh logo “Jumpman” dalam rilisan berikutnya, yang kemudiannya ditambahbaik pada tahun 2014. Walaupun berada di kedudukan yang kesepuluh dalam senarai, kasut ini pernah terjual dengan harga USD10k.

9. Air Jordan XVll (Out Of The Box) – USD11,267

Air Jordan ini pada asalnya dilancarkan pada tahun 2002, ketika Jordan bermain untuk Washington Wizards. Kasut ini menjadi saksi bagaimana MJ kembali ke gelanggang selepas berehat panjang. Ciri-ciri reka bentuknya yang smooth dan futuristic ditambah pula dengan penggunaan fabrik baldu yang boleh dilipat meliputi hampir separuh daripada kasut benar-benar menjadi tarikan utama. Kotak kasut ini juga mula memperkenalkan logo Jumpman yang timbul, Sangat bergaya bagi mereka yang mampu membelinya.

8. Air Jordan 10 OVO – USD20,000

Sepasang edisi khas Air Jordan dan kisah disebalik kasut ini juga amat menarik. Air Jordan 10 pada asalnya direka sebagai hadiah untuk rapper Drake dan krewnya. Ia bertujuan untuk menghargai kolaborasi jenama Jordan dengan kumpulan tersebut. Walau bagaimanapun, seorang peminat mendapat peluang membawa pulang sepasang kasut ini ketika acara Toronto Raptors “Drake Night.” Tidak menunggu lama, peminat itu segera mengiklankan kasut itu untuk dijual secara online, dan berjaya menjualnya dengan harga USD20,000!

7. Air Jordan 11 (Blackout) – USD21,780

Satu lagi karya oleh pereka Tinker Hatfield, Air Jordan XI yang merupakan sneaker pertama menggunakan material kulit dan reka bentuk karbon yang dipatenkan oleh Nike. Kasut ini dibaluti sepenuhnya dengan kulit dan cukup versetail kerana boleh dipakai untuk bermain bola keranjang atau santai. Ia adalah salah satu kasut bola keranjang yang paling dicari oleh peminat tegar sneaker. Mungkin sebab itu mengapa Nike telah beberapa kali me-rilis edisi model ini (reproduction). MJ pernah dilihat memakai kasut ini semasa kejuaraan NBA dan juga dalam filem animasi Space Jam. Edisi Blackout ini terbukti sama popular dengan filem tersebut kerana pernah berjaya dijual dengan harga USD21,780. Hmm..membuat orang berfikir dua kali untuk memakainya.

6. Air Jordan 1 (Black and Gold) – USD25,000

Air Jordan 1 ini dilancarkan pada tahun 2003 dan merupakan antara beberapa edisi untuk Jordan dengan material kulit. Imej kulit yang berpaten ini menonjolkan kosmetik luaran kasut yang kelihatan berkilat, dilengkapi dengan swoosh warna emas metalik. Ini adalah kali pertama untuk melihat skim warna yang berlawanan arus dari Nike, menjadikan model ini kelihatan unik berbanding edisi Air Jordan I yang lain. Kasut ini pada asalnya berharga hanya USD100 sewaktu dilancarkan. Tetapi oleh kerana style kasut ini yang cukup rare di mata peminat Jordans telah menyumbang kepada peningkatan drastik harganya, menjadikan ia salah satu kasut Jordan paling mahal yang pernah dijual semula.

5. Air Jordan 1 (Autographed) – USD25,000

Air Jordans 1 ini merupakan kasut bola keranjang ini yang paling dihormati dan didambakan oleh peminat yang pernah dihasilkan oleh Nike. Peminat dan sneakerheads sangat gila tentang skema warna yang diilhamkan oleh warna pasukan Chicago Bulls, yang membawa kembali kenangan karier MJ. Air Jordan 1 boleh dikatakan tidak akan pernah pupus atau luput dari arena sneakers kerana saban tahun akan ada sahaja jenama-jenama lain yang berkolaborasi bersama Nike mengeluarkan koleksi Air Jordan edisi terhad mereka. Air Jordan 1 setakat ini telah dirilis sebanyak dua kali, satu pada tahun 2013 dan satu lagi pada tahun 2015. Kasut ini benar-benar bernilai seumpama emas, kerana harga jualan semula untuk sepasang yang bertandatangan seperti ini pernah mencecah setinggi USD25,000!

4. Air Jordan 2 OG – USD31,000

Walaupun hakikat bahawa model ini kurang popular di kalangan peminat dan sneakerheads, Air Jordan 2 OG ini tanpa diduga telah terjual di eBay untuk USD31,000! Ia direka oleh pereka Bruce Kilgore dan dihasilkan di Itali. Model ini datang dalam dua skema warna. Tiada sebarang keluaran semula (reprduction) untuk model ini sehingga tahun 2004. Rilisan berikutnya dihasilkan oleh Nike yang bereksperimen dengan warna yang berbeza.

3. Air Jordan Silver Shoe (Autographed) – USD60,000

Model ini bukanlah Air Jordan yang biasa-biasa. Ia kaya dengan sejarah Michael Jordan itu sendiri dan sangat bernilai untuk peminat tegar dan collector mewah. Isteri MJ menghadiahkan kasut ini untuk ulang tahun ke-32 beliau, menjadikannya satu memorabilia yang sangat berharga. Dibuat dari perak sterling tulen, hanya 10 pasang dikeluarkan dan kebanyakannya kini dimiliki oleh collector dan selebriti. Kasut limited edition ini berjaya meraih USD60,000 semasa satu acara lelongan hanya kerana terdapat autograf MJ pada kasut tersebut.

2. Air Jordan 12 OVO – USD100,000

Model Air Jordan ini berkongsi latar belakang yang sama dengan Air Jordan Ovo tetapi tidak seperti pendahulunya, Air Jordan 12 OVO ini dirilis kepada umum untuk jualan secara terhad. Model ini pada dasarnya merupakan salinan dari koleksi peribadi rapper Drake. Ia berwarna putih dan mempunyai corak Stingray dan diperbuat daripada kulit. Ia mempunyai sentuhan emas di sisi dan di lubang tali. Tapak dalamnya adalah lut sinar, dengan jelas mendedahkan penjenamaan OVO. Sepasang model ini dilaporkan dihadiahkan kepada seorang wanita yang merupakan die hard fan Jordan dan beliau dengan segera mengiklankannya berjaya menjual kasut ini dengan harga USD100,000! Die hard fan la sangat…hmmm.

1. Air Jordan 12 (Flu Game) – USD104,000

Pendahulu carta senarai kasut Air Jordan yang paling mahal adalah Air Jordan 12 Flu Game yang mempunyai sejarah yang sangat menarik. The Chicago Bulls sedang menentang Utah Jazz di Final NBA 1997, dengan seri diikat pada 2-2. Utah Jazz telah memenangi dua perlawanan terakhir sebelum ini menjadikan mereka selesa. Keadaan menjadi semakin teruk untuk Bulls apabila MJ ketika itu kurang sihat kerana selesema dan tidak dapat bermain sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, Jordan berjaya mengetuai pasukan itu untuk mencapai kemenangan, dengan menjaringkan 15 mata pada suku ke-4 masa perlawanan.

 

Model ini pada dasarnya adalah edisi hitam dan merah versi asal yang dilengkapi dengan kulit premium. Ia benar-benar umpama raja bagi semua model Air Jordans. Jenama Jordan telah merilis dua kali keluaran semula (reproduction) untuk model ini. Tidak hairanlah ia boleh terjual sehingga USD140,000! Apabila anda membeli kasut seperti ini, anda tidak hanya membeli produk, anda membeli sejarah.

 

 

Michael Jordan dengan persalinan lengkap pasukan Chicago Bulls bersama sepasang Air Jordan 1 pada tahun 1985 yang kemudiannya menjadi salah satu kasut sukan  paling iconic di seluruh dunia.

 

Begitulah senarai 10 model Air Jordan yang termahal pernah terjual. Ya, kebanyakannya adalah limited edition dan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk harganya melonjak sebegitu rupa kerana kuantiti yang sedikit berbanding dengan jumlah peminat yang benar-benar mahukannya. Tidak mustahil juga jika anda berjumpa salah satu dari model Air Jordan diatas ketika sedang menyelam di kedai bundle. Manalah tahu rezeki datang bergolek. Jika tidak dapat jual yang harga ratusan ribu ringgit, dapat jual yang harga ribuan ringgit juga sudah memberi keuntungan berlipat ganda.

 

 

Sambil-sambil itu lihat-lihat juga kasut-kasut yang dijual di Lokein oleh trusted seller yang berdaftar. Walaupun tidak sehebat Air Jordan, tetapi pilihan di bawah ini mungkin ada yang menepati citarasa anda. Jom klik link di bawah :-

 

 

ADIDAS BAMBA UK 10

Novesta Comme Des Garcons

 

Adidas X Neighborhood

Onitsuka Tiger EDR 78

 

Adidas LA Trainer Spiderman Original

 

Star Wars X adidas Originals Superskate Mid Stormtrooper

Vintage Converse NOS with Box Made In USA

Vintage Converse All Star Hi NOS with Box Made In USA

Vintage 80s Converse NOS with Box Made In USA

Vintage NOS Early 80s All Star Converse Made In USA

Vintage converse usa 90s

Converse x The Who (High Cut)

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *