10 Item Termahal Yang Pernah Terjual Di Grailed

10 Item Termahal Yang Pernah Terjual Di Grailed

Sudah tentu ramai di kalangan online seller di Malaysia kenal dengan nama Grailed. Sejak diperkenalkan pada tahun 2014, platform yang khusus untuk peminat-peminat men’s streetwear tersebut menjadi bualan hangat di serata dunia. 

Berbeza dengan online marketplace yang terdahulu dari mereka seperti eBay, Etsy ataupun Amazon yang lebih ‘skema’, Grailed yang diasaskan oleh Arun Gupta yang juga merupakan peminat tegar fesyen streetwear mengetengahkan konsep yang lebih moden dan minimalis untuk pengguna. Di Grailed, mereka mengutamakan item-item dari jenama seperti Raf Simons, Supreme, Comme Des Garcons, Helmut Lang, Off White dan juga beberapa koleksi vintage dari pereka fesyen di era 90an.

Kita di Malaysia amat beruntung kerana kita antara negara pengimport terbesar pakaian terpakai dari negara Jepun dan USA. Tidak hairanlah ramai penyelam tegar berpeluang untuk mendapatkan item-item yang menjadi rebutan ramai di luar negara di kedai-kedai bundle di serata tanah air. Selain di eBay atau Etsy, Grailed menjadi pilihan utama kebanyakan seller kita untuk menjual. Takkan nak jual jaket Comme Des Garcons di Shopee pulak kan?

Kali ini mari kita lihat senarai 10 item yang pernah terjual dengan harga yang termahal di Grailed. Senarai ini telah dimuat-naik di sebuah forum di Reddit oleh seorang user. Manalah tahu kalau anda ada terjumpa semasa menyelam atau pecah guni nanti. Boleh berhenti sekejap jantung berdegup.

  1. Raf Simons AW 2001 Riot! Riot! Riot! Patched Bomber USD47,000

  2. Chrome Hearts 22K Gold Dagger Dog Tag USD11,000

  3. Hedi Slimane’s Personal SLP Shearling Coat USD11,000

  4. Off-White Red Down Jacket USD10,008

  5. Goros 1992 Gold Eagle Pendant USD10,000

  6. Supreme x Takashi Murakami Decks (Set of 3) USD9,500

  7. Raf Simons x Sterling Ruby Padded Trench Coat USD9,050

  8. Raf Simons AW 2001 Patched Turtleneck USD9,035

  9. Nike SB Dunk Freddy Krueger USD9,000

  10. Supreme x Louis Vuitton Christopher Bag USD8,500

Nah anda boleh jenguk-jenguk kesemua item yang ada di atas pada listing asal dengan mengikuti pautan yang diberi. Oleh kerana Lokein juga merupakan sebuah online marketplace yang khusus untuk jual-beli pakaian terpakai, jadi kami lebih tertarik dengan senarai ini. Kalau diikutkan di eBay sudah tentu lagi banyak item yang terjual disana dengan harga yang lebih mahal, tetapi kurang berminat pula dengan tema barangan selain pakaian buat masa ini. 

Sama-sama kita tunggu platform tempatan kita Lokein membuka pintu untuk menerima pembeli dari luar negara. Walaupun ketika itu mungkin masih jauh taraf untuk bersaing dengan platform seperti Grailed, tetapi selagi ada supply and demand, dilengkapkan pula dengan satu platform jualan yang selamat dan diyakini, tidak mustahil pembeli dari luar negara akan mempertimbangkan untuk membeli terus dari seller Malaysia di Lokein. Tiada yang mustahil. Perhatikan juga beberapa item jualan dari seller-seller di Lokein di bawah. Mana yang berkenan boleh terus sambar sebelum melepas ke tangan orang lain. Ok! Jom sambung menyelam!  

Share this post

Comment (1)

  • Real Madrid fotbollströja Reply

    Terrific post but I was wanting to know if you could write
    a litte more on this topic? I’d be very grateful if you could elaborate a little bit more.
    Kudos! Real Madrid fotbollströja LRIKobyy fotballdrakter barn JaniHendr

    August 9, 2019 at 9:33 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *